Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 10, 2009

Hanyalah Secebis Ingatan...

Salam..

Hari ini terdetik di hati ini..Pabila melihat gambar rakan2 yg disayangi.. Saya bukannya da'ie, tetapi, ade ketikannya, saya menjadi da'ie.. Bukan senang utk menjadi da'ie sedangkan diri sendiri terumbang ambing.. Saya akui, saya pun bukannya sempurna utk menasihati, tetapi pabila melihat keadaan seperti ini yg terjadi pd kawan sendiri, sy terfikir, 'Apa yg harus sy lakukan?'

Isu menutup aurat bagi perempuan, saya tau, budak2 berumur 5 tahun pun tahu tentang ni.. Pernah juga sepupu kecik saya bertanya; " Kak, kenapa dia tak pakai tudung?(sambil menunjuk ke arah seseorang) " Saya berpaling kepada wanita itu. Tersenyum. Saya terfikir, tidakkah wanita yang dewasa itu terasa malu dengan pertanyaan seorang budak kecil yg hanya berumur 5 tahun yang masih belum mengerti kenapa wanita diwajibkan menutup aurat? Terus terang kalau saya berada di tempat wanita tersebut(kompem xkan punya..), akan berasa malu.. Ah, budak sebesar ini.. Apa yg dia tahu tentang aurat? Mungkin itu lah setusan hati wanita tersebut.. Pertanyaan sepupu kecik saya itu sy biarkan dibuai angin lalu sahaja..

Teringat juga ketika saya mewakili negeri sendiri dalam acara sukan (ketika di peringkat sekolah dulu).. Jemputan dari negeri kelantan.. Bermain di tempat kelahiran sendiri dengan mewakili negeri lain kadang kala terasa durhaka kepada negeri sendiri.. Hahaha.. Cuma, apa yg sy ingin ceritakan, ketika dalam satu pertandingan, lawan saya, macam biasa seorang perempuan (xkan nak lawan lelaki kot), bermula dalam keadaan baik.. Tapi, mungkin nasib saya baik ketika itu, ternampak peluang terbuka luas dihidangkan di depan mata..Mungkin kerana itu, egonya tercabar, terus, daripada seorang perempuan ayu yg bertudung yg menutup aurat, menarik tudungnya itu.. Seketika, hati sy terdetik, adakah dengan membiarkan mahkotanya dilihat oleh bukan muhrim akan memberikan beliau kemenangan? Nasib menyebelahi saya apabila saya memenangi pertandingan tersebut.. Sejurus bersalam dengan pihak lawan, sempat jugak saya berborak2 dgn dia..

" Bermain dengan emosi tanpa akal akan membinasakan diri.. Jangan terlalu ikut pada nafsu.. Jangan membelakangi apa yg telah ditetapkan utk kita menjaganya.. Berbaloikah kita dalam pertandingan ini dengan mempertaruhkan mahkota perempuan yg sepatutnya kita jaga? Jangan jadi seperti pak pandir.. Kerana ingin berlaga ayam, kampung tergadai...Fikir2kan lah.."

Menitis air matanya.. Bukan niat sy utk brain wash dia.. CUma atas dasar sebagai saudara seislam, saya memberinya nasihat..Juga ingatan utk saya..kerna saya tau, sy pun bukanlah insan yg sempurna dalam segenap hal..Masih ada cacat celanya..

Hakikatnya, sy sedih, melihat wanita hari ini, lebih suka mempertaruhkan mahkotanya utk ditatapi oleh yg bukan muhrim..Apa yg harus sy lakukan andai itu terjadi kepada sahabat sy sendiri? Saya buntu memikirkannya sehingga kini.. Ditelan mati mak..Diluah mati bapak.. Ingin diberitahu terasa payah..Xdiberitahu terasa berat..

Anda fikir2kanlah.. Dan hayatilah maksud surah ini.. Moga kita mendapat hidayah dari Ilahi..

Firman-Nya, bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang lahir. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka.” - (An-Nur: 31).

Sekian...

p/s: maaf andai ada yg terasa.. Ini hanyalah nukilan dari seorang sahabat yg sayangkan sahabatnya yg lain..

Wassalam..


~Lolipop, kenapa ari ni terlebey skema? hahahaa...~

0 comments:


Related Posts with Thumbnails