Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 27, 2010

Janji Allah itu PASTI!!

Salam..

Sayu je malam ni..Sunyi..Sepi.. Tanpa bintang di langit.. Dan tiba2 hujan gugur mencurah2 membasahi bumi.. Sebasah bumi pd malam ni.. Sebasah tu jualah dalam hati ini..

Terkedu..terkejut..sedih.. xtau nak cakap camne.. Berita yg disampaikan oleh teman seperjuangan memang amat memeranjatkan.. Baru sekejap tadi berita tentangnya sy terima, setengah jam kemudian, saya terima skali lagi berita tentangnya dgn linangan air mata..akhirnya dia telah pergi meninggalkan kita semua..

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua lah kita kembali.. Shirazi Ibrahim, merupakan anak jati Terengganu.. pelajar jurusan Inggeris di universiti sy.. Sama2 mengejar diploma dan degree di tmpt yg sama, sm2 menyertai koko badminton yg sama (last semester)..dan sama2 bergiat aktif dalam kelab taekwando..(dia tkwndo ITF, sy tkwando GTF)..

Walaupun aktiviti kami lebih kurang sm je, tapi masing2 jarang untuk bertegur sape..hanya senyuman je yg berbalas..namun, sy tau tentang kewujudan dia semasa hayatnya.. selalu berselisih di cafe makan..selalu berjumpa time nk pegi training tkwando..selalu mencuri2 pandang dan sebagainya..

Kul 9 lebih td, saya dpt berita Allahyarham eksiden semalam.. keadaanya sgt kritikal dan koma dan dimasukkan ke icu di hospital terengganu.. Otaknya membengkak dan dijangkiti kuman.. ms sy dpt tau td, dia sdg nazak.. selang 15-25 minit kmudian, sy dpt lagi berita yg beliau telah pergi meninggalkan kita semua..

Sedih, sayu, pilu.. Ya Allah..Sekejapnya kau pinjamkan dia untuk kami.. Memang benar, janji Allah itu PASTI.. Suatu masa nanti kita pasti akan pergi menghadapNya jua.. Cuma masanya entah bila..

Buat Allahyarham Shirazi, walaupun saya tau dia dah xbleh nak baca blog sy ni, saya mohon maaf andai pernah sy tersilap kata terkasar bahasa sepanjang kita kenal antara satu sama lain.. Semoga rohmu ditempatkan di kalangan para solihin..Amin...

Al-Fatihah..

Arwah Shirazi (sebelah kanan tanpa kopiah) bersama kawannya

Arwah ketika bergiat dalam dunia taekwando..


p/s: Hati sangat sayu dan sedih.. Bagai semalam br bergelak ketawa dengan beliau.. Ya Allah.. Ampunkan segala dosa2nya dan rahmatilah rohnya.. Shirazi, tenanglah kamu di sana.. Sesungguhnya perjuanganmu di dunia ini telah selesai.. Doaku pasti mengiringimu.. Pasti, kita akan bersua jua nanti di sana..
Al-fatihah...



Hijjaz (Munif Ahmad)

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

2 comments:

iFFa said...

wanie~ moga tabah ye.. huhu same cm org ari tu. tak sangka dia pergi dengan tiba2..smpai sekarang, kadang2 masih terfikir yg kejadia tu hanya mimpi.. masyaAllah..

~L.o.L.i.P.o.P~ said...

iffa.. thanks..tp mmg pun iffa..rs msh xpcaya..cpt sgt benda cmni blaku..patut la sjk 2 menjak sblm dia pegi, ttibe teringat kat dia..xtau nape ttibe tringat..lps tu tlintas nk tgk profile fb dia..alih2, kawan btau dia sdg nazak..mmg xsgka.. Ya Allah..moga Kau tempatkan dia di kalangan org yg beriman.. :'(


Related Posts with Thumbnails