Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 1, 2010

Apa Salah Kami? - Kelantanese..

Salam..
Tadi saje je berblog walking la sekejap.. Biasalah, semalam kan ada Perlawanan Bola Sepak antara Kelantan vs Negeri Sembilan.. So kebanyakan post tentang match tu la.. Then terbaca ada satu blog tu.. Post dia, ada berbaur2 sedikit kutukan terhadap orang kelantan..
Saya hairan.. Ni bukan kali pertama saya jumpa kat blog.. Even, di alam realiti pun, saya pernah jumpa juga..Secara terang-terangan lagi menunjukkan bahawa diri tu anti kelantan.. Walhal diri sendiri xsedar, dengan orang kelantan jgk yg dia kapel.. Dengan org kelantan jugak dia berbest friend.. Dan dgn org kelantan jugak dia beripar duai.. Kan3..



Persoalan yg sejak dulu bermain di benak saya.. Kenapa orang lain anti sgt dengan kelantan? Some says that kelantanese person ni ganas.. sikap asobiyah (berpuak2).. Gedebe (samseng) dan sebagainya.. Persoalannya, kenapa mesti negeri kelantan yg diorg nampak? Bukan negeri2 lain?

Terus terang, kadang kala, sy terasa dgn statement2 yg menuduh org kelantan bersikap yg bukan2.. Kadang2 sy terasa ingin mencili2 kan semula mulut2 diorg.. Benarkah org kelantan bersikap sedemikian rupa?

1) Sikap Asobiyah
Macam yg kita tahu, kalau kita gi mana2, mesti jumpa org kelantan..dan biasanya org kelantan akan berkawan dan bergeng dengan org kelantan jua.. Bila terjadi mcm ni, mereka dilabel sebagai bersikap asobiyah.. Betul x?
Bagi sy, sebenarnya, orang kelantan ni, mereka bukan bersikap berpuak..Namun ukhuwah antara mereka tu sebenarnya yg kuat..Walaupun xpenah jumpa, walaupun xpenah kenal, tp pabila berasal dr negeri yg sama, lagi cpt la diorg 'satu kepala'..Lagi satu, dialek bahasa, bila kelantan bertemu kelantan, senang la nk bercakap dialek kelantan..betul x?
Masalahnya, benda2 mcm ni, bukan terjadi kat kelantan je, even negeri2 lain pun sama juga.. Bila org utara jmpa org utara, mereka pasti berhang cek depa.. Perak jumpa perak, terus teman depa jugak..pahang, koi aok.. So, kenapa nak salahkah negeri kelantan je? Even kat oversea, bila geng malaysia jumpa geng malaysia, mereka juga terus cpt jadi mesra kan? So, kenapa mesti mempersoalkan lagi tentang ni? :)

2) Orang Kelantan Ganas2 + Gedebe (samseng)
Benarkah orang kelantan ganas2? Gedebe2? Kawan2 sekalian, jangan hanya nila setitik, rosak susu sebelanga.. Kenapa mesti menyatakan org kelantan ni ganas2? cthnya seperti yg berlaku dlm perlawanan bola selangor vs kelantan ari tu..sehingga berlaku rusuhan.. terus dilabel orang kelantan yg ganas..yg mulakan semua ni..
Kawan2, manusia, tidak akan ganas tanpa sebab, am i rite? Cuba selidik betul2, apa yg berlaku sebenarnya mlm tu? Jangan cepat menjatuhkan hukuman pada org yg xbslh.. Berdosa tau..sebab xbersikap adil.. :) apepun, xkesah la sape2, cuma yg sy heran, kenapa mesti labelkan hanya org kelantan yg ganas? kenapa xlabelkan jua org selangor yg ganas kerana turut terlibat dlm pergaduhan ni? kan3? :p

3) Orang Kelantan ramai yg da sosial..
Ni lagi satu..kenapa mesti mencari kesalahan org kelantan? Bila org kelantan da nampak ramai yg bersosial, terus la mulut2 berbunyi.. Tapi kenapa xde plak yg nak berbunyi2 ttg negeri2 lain yg lagi parah kesosialannya berbanding kelantan? Pelik bukan?

Apapun, bagi saya (sy wat rumusan sendiri)..Mereka semua sebenarnya amik berat tentang negeri kelantan.. Kalau mereka xamik berat tentang negeri kelantan, masakan mereka dpt merasai perubahan2 yg berlaku pd negeri kelantan dan jgk org2 kelantan (eg ttg sosial remaja2 kelantan skrg ni)..am i rite? Orang kelantan ada di mana2 je.. Bukan stakat negeri2 di Malaysia, malah di luar negara.. Gi mana2 je, mesti akan jumpa dialek kelantan,kan? - salah satu sebab kelantanese dicop sbg bersikap asobiyah.. Tp pernah x terfikir kenapa terjadi camtu? Bukan kerana kelantan itu mundur, tapi tu lah sikap sebenar org kelantan.. Berusaha dan terus berusaha walau di mana2 jua..

Saya pernah tinggal di 2-3 buah negeri sebelum ni.. Namun, saya akui, ada bezanya suasana antara negeri kelantan dan negeri2 tersebut.. Contohnya, org kelantan terkenal dgn sikap niaga dan suka mencari rezeki..As long as bleh jana pendapatan dgn cara halal, mereka xmalu buat perkara tersebut.. tapi, bg negeri2 yg sy pernah duk sblm ni, mereka xde sikap mcm ni.. kalo kita tgk, kat tepi2 jalan masa otw ke kelantan, byk je kan gerai2 yg jual bahulu, goreng pisang, air nyior (air kelapa) dan sbgnya, tp kat negeri2 yg sy pernah duk, jangan harap la nk jumpa sume2 tu... kalo ada pun, cuma 1-2 gerai je.. tu pun, kalo goreng pisang, mcm celur pisang tu dlm minyak je, bukan goreng.. duit pelanggan bukan main lagi nak, tapi kualiti pelanggan xterasa plak diorg nak jaga..

Tu antara cth2 la.. Maaflah sapa2 yg terasa.. sy bukan bersikap anti kenegerian.. cuma, sy ingin orang luar yg berfikiran sedemikian buka mata, buka minda.. Jangan mudah utk melabel seseorang dgn istilah2 asobiyah, ganas, dan sebagainya.. Bak kata pepatah melayu, 'Tak kenal, maka tak cinta..".. Kutuk2 kelantan pun, once kamu da terberkenan dgn org kelantan, baru kamu tau macam mana penangan org kelantan.. Hehehe..

Peace no war~

Wassalam..

p/s: Tahniah to red warriors.. Akhirnya penantian berpuluh2 tahun tercapai juga.. Kelakar plak teringat kat perbualan radio DJ Hot FM, Faizal Ismail temuramah MB Kelantan pg tu (sebelum perlawanan berlangsung).. kelakar sgt2.. sape2 nk dgr, try la cari kat utube..kot2 ada..hehe..





0 comments:


Related Posts with Thumbnails