Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Kisah Tak Berapa Seram: Bila Hantu Pun Nak Main Peek-A-Boo..


Salam..

Dah namanya hantu ni tergolong dari golongan jin dan syaitan, selagi dia xdpt sesatkan orang, selagi tu lah dia akan cuba.. Benteng diri? Dekatkan diri pada Allah..Hiasi dengan bacaan Al-Quran dan zikir, InsyaAllah, diri akan selamat dalam lindungan Allah S.W.T..

Kali ni, saya nak bercerita lagi kejadian yg saya alami sendiri masa PLKN dulu2.. Kali ni, hantu main peek-a-boo plak..hahaha..sounds so funny, but seriously, memang bukak langkah seribu la masa tu..huhu..

Alkisahnya, kat tempat saya menjalani latihan PLKN ni, ada satu bilik air ni kat area blok perempuan yang orang cakap sedikit keras (bilik air ni bercampur antara tandas dan ruangan mandi dan jugak kolah..kiranya ada la dalam 5-10 pintu utk bilik air dan setiap group or batalion ada tandas yg berbeza2).. Kat tempat ni, latihan memang ketat.. Contohnya pukul 12 tengah malam, dah wajib tidur..Lampu wajib tutup.. Dan kat tandas pun, lampu kena tutup kecuali tandas yang ni..

Jurulatih cakap, tandas ni keras..Jadi, jangan tutup lampu.. Jurulatih cakap lagi, malam2 biasanya akan ada orang yang mandi kat situ (bukan manusia, okhayyy...)..guna tandas tu dan sebagainya.. Tu pasal tandas tu xperlu tutup lampu sedangkan tandas-tandas lain memang kena tutup lampu..Dan jangan guna tandas tu waktu malam lebih dari kul 12 tengah malam..kalo nak guna, jurulatih suruh guna tandas lain..

Masa kat sini, kami akan bergilir2 utk berjaga setiap malam..kira ada shif la.. contohnya, dari kul 12 - 2 pagi, akan ada 3 orang pelatih perempuan dan 3 orang pelatih lelaki yang akan berjaga untuk setiap shif.. Next shif utk berjaga, pukul 2 - 4 pagi dan last skali kul 4 - 6 pagi.. Setiap jam, pelatih-pelatih yg berjaga / mengawal ni wajib wat rondaan kat blok2.. kiranya pelatih perempuan, akan wat rondaan kat blok2 perempuan..dan pelatih lelaki akan buat rondaan kat blok lelaki..lepas buat rondaan, kena berkumpul kat bilik berkawal yg disediakan..

Antara waktu 12 - 4 pagi, sememangnya waktu kemuncak biasanya kami dikacau.. Macam dah jadi perkara normal la plak walhal dalam hati, kecut jugak lah.. Biasanya masa kat bilik berkawal, kami akan berkumpul dan baca yassin ramai2..sebab kadang2 kat bilik berkawal tu pun kami pernah dikacau..huhu..Contohnya orang lempar batu kat tingkap/pintu..bunyi yg macam2..ada 'benda' yg terbang dari pokok ke pokok dan sebagainya..

Alkisahnya pasal tandas ni, masa tu saya dan 2 orang lagi kawan amik shif kul 2 - 4 pagi..waktu kemuncak benda2 macam ni biasanya mengacau.. Masa tu kami wat la rondaan kat blok2 perempuan.. Semua orang tengah syok2 tidur, kami lak kena berjaga..memang jeles betulla..huhu..berbekalkan hanya lampu suluh dan berpakaian lengkap beruniform dan berkasut boot, kami   pun meronda..suluh sana, suluh sini, tetiba saya tersuluh satu bayang manusia yg mengadap ke arah kitorang tp jauh la dari ktorang masa tu.. masa tu hati da start dup dap dup dap..macam lagu dangdut da..

Saya pun berbisik la kat kawan2, "eh..korang..baca ayat kursi tau..wat pendinding diri..rasa cam xsedap ati je neh.."..kawan2 da start hairan..diorang tanya kenapa.. saya pun hala lampu skali lagi nak tunjuk la ke arah bayang2 tu, tapi memang da xde da bayang2 tu.. maka sy pun anggap la mungkin mainan  bayangan sy je kot..xpun pelatih nak gi tandas ke (walhal dalam hati menafikan bukan camtu..)..bila da tengok benda tu xde, sy cakap ngn kawan2, nanti bila kat bilik berkawal nanti, sy citerkan..kami pun amik keputusan untuk terus meronda lagi..suluh sana..suluh sini..


Masa nak balik ke bilik berkawal semula, kami pun melintas la kat depan bilik air yg dikatakan keras tu.. tetiba ada semerbak bau sabun..wangi sangat.. padahal masa mula2 masuk tadi, xde plak bau wangi2 camneh..ntah camne, ada plak kawan yang gi tegur bau tu.. kira terlepas cakap la..sedangkan jurulatih pernah pesan, kalo ada terbau pape yg wangi dari tandas ni malam2, jangan sesekali tegur..

Kitorang diam..dalam hati da kecut..tapi ntah camne, rasa nak tau jugak bau sabun tu membuak2.. jadi, kitorang sepakat nak masuk tandas tu..masa sampai kat area tandas tu, bau wangi makin kuat..dan siap bunyi orang mandi lagi..bunyi orang cedok air dalam kolah dan jirus untuk mandi..memang jelas sangat2..lepas tu kami pun dengan langkah yg takut tapi buat2 berani, nak jugak masuk dalam tandas tu..

Masa tu ada kawan saya ni (yang tegur bau wangi tadi tu) dia ni jenis berani la sket berbanding kitorang.. masa mula2 dia jejak kaki kat pintu tandas, dia menjerit dalam tandas tu " Helllloooooooooooo...".. terus, bunyi orang yg mandi tadi hilang..tapi bau wangi tu still lagi ada.. kawan saya yang ni terus masuk, cek satu2 dalam bilik air..saya dan sorang lagi kawan berkawal kat pintu tandas je..takut la kami nak masuk..

Lepas kawan masuk cek, dia kuar, cakap sume bilik air kosong..xde orang..tapi ada kesan basah macam orang baru lepas mandi dan bau wangi pun memang semerbak.. Nak kata ada orang cilok kuar dari situ masa kami mula2 nak masuk memang mustahil sangat2 la sebab kami duk kat pintu tandas..pintu tandas yg satu lagi pun takde kesan tapak selipar yg basah..jadi agak mustahil la orang tersebut keluar..

Masa tu hati dah xyah cakap la..memang berdegup giler2.. last2, kitorang pun nak blah..tapi kawan sy yg berani ni, pi tutup suis lampu tandas tu la plak sebelum kitorang kuar.. Tak sampai 10 langkah kitorang kuar, tetibe...

"Tiiiikkkk...."
Lampu tandas terbuka semula.. Masa tu kami da pandang sesama sendiri.. Sape yang buka plak ni??

Kawan saya yang berani ni xpuas hati..jadi dia g semula kat tandas tu.. DIa tutup balik suis lampu tu.. pastu dia datang balik kat tempat saya dan kawan yg sorang lagi tunggu..baru je dia nak sampai kat tempat kitorang, "tikkk..." lampu tandas tu menyala kembali.. Kali ni, kami andaikan suis lampu ni yg problem kot..masa ni, memang da start takut da ni..masa tu kami pun da ckp kat diorang, dah2 la tutup suis lampu tu..jurulatih kan xbagi kita tutup.. tapi dia xmo dengar apa yg kitorang bgtau tu..

Walaupun dah 2 kali suis terpasang sendiri camtu, kawan saya yg berani ni still xpuas hati..untuk kali ke-3, dia pergi kat tandas tu untuk tutup semula lampu tu..lampu suluh kami halakan pada dia la sebab dia nak masuk dalam tandas kan.. lepas tu, dia tutup balik lampu tu dan dia berdiri kat pintu tandas tu dalam 10-15 saat jugak..pelik, suis tu xplak terbuka dengan sendiri masa dia ada kat situ..lepas tu, bila dia nak datang je ke arah kami, " tiiiikkkkkkkk..." suis lampu tu terbuka kembali..

Kali ni..tanpa berlengah2, ape lagi...kami terus angkat langkah seribu la.. tak tahan ooo kena kacau camtu.. kami lari cepat2 balik ke bilik berkawal..lepas tu, kami citer la kejadian ni kat pelatih lelaki..

Malam tu, ingatkan kami je yang kena.. Rupa2nya pelatih lelaki yang berkawal masa shif saye tu jugak kena kacau..saya da xingat da citer diorang kena kacau camne..tp yang pastinya diorang pun kena kacau dalam tandas jugak..cuma hantu tu bukan main ngan suis lampu la..huhu..

Sejak ari tu, saya da xnak da berkawal antara shif 12 - 2 pagi dan 2 - 4 pagi..saya biasanya amik jam 4 - 6 pagi je..sebabnya kul 5 pagi kebanyakkannya pelatih da bangun untuk mandi dan bersiap2 untuk solat subuh..jadi waktu untuk saye dan 2 pelatih berkawal yg lain kiranya xsunyi sangat da la sebab pelatih lain da bangun kan.. hehe..

Adeh...meremang sekejap bulu2 roma bila teringat balik kat citer ni..Tu la antara pengalaman yg saya alami sendiri.. Untuk next entry, saya citer lagi pengalaman sy sendiri yg nampak bayang2 kat tingkap tapi xde orang pun..dan kawan sy sendiri pun nampak banyang2 ni..dan lepas tgk bayang2 tu, kami kena tindih..

Semoga kita semua berada dalam lindungan Ilahi sentiasa dari gangguan jin, iblis dan syaitan ni..Aminn..











2 comments:

tiefazatie said...

kira ok la nie..hihi...tp kalu ifa..awal2 dh cabut!hihi

~L.o.L.i.P.o.P~ said...

hahahaha..ye ke cabut lari ifa? ntah2 da 'tertido' ats jln tu..sbb tkejot..ngeh3


Related Posts with Thumbnails