Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 13, 2011

Pertemuan Yang Berakhirnya Perpisahan Untuk Selama-Lamanya..


Salam..

Untuk kesekian kalinya, entry ni agak menyedihkan hati saya.. Saya baru dapat tau tentang pemergian selama-lamanya seorang kawan saya yg saya anggap jua sebagai seorang kakak..

Kak Mar / Kak Mah nama panggilannya..nama beliau yg sebenarnya Marhamah Ghazali.. arwah merupakan teman seperjuangan saya masa taekwondo dulu.. kami sama2 berlatih untuk mendapatkan blackbelt..tapi dia amik blackbelt dulu la...sebab masa tu saya baru tali pinggang merah calit itam..

Arwah adalah teman sparring saya..teman untuk sy berlatih pattern..dan jugak teman utk saya berlatih one step sparring.. banyak kenangan saya dan arwah semasa dalam tempoh latihan taekwondo tu..

Dan dengan rezeki Allah, arwah juga berjaya grading utk mendapatkan tali pinggang hitam (1st dan)..saya jugak la teman utk arwah sparring masa dia amik blackbelt dulu..sy ingat lagi camne sy attack dia dgn seorang lagi kwn dlm satu masa..tapi sume tu kini tinggal kenangan..

Arwah memang seorang yg baik dan lemah lembut..tutur kata dia sopan..sentiasa berbaju kurung dan org xkan expect dia adalah pemegang tali pinggang hitam pun..Masa sy grading nak amik blackbelt, dia dtg bagi moral support kat saya.. sy ingat lagi sume tu..tatkala sy kena pecahkan kayu (6 kali kena pecahkan kayu dan wajib pecah at least 5), dia bg moral support kat sy sbb masa tu tgn sy da sedikit bengkak sbb tsalah guna teknik.. mmg terharu sgt2..sbb dr kampus dia dtg ke bndar (taekwondo center) dgn kwn2 dia demi bagi sokongan kat saya..

Tapi kini, semua tu tinggal kenangan.. Semua tu xmungkin akan berulang lagi.. dan saya xmungkin dpt berjumpa dgn dia lagi.. Semalam, arwah telah pergi meninggalkan kita semua..Rupa2nya selama ni arwah menghidap kanser..tapi saya xtau pun arwah sebenarnya sakit..sebab kalo tengok luarannya, dia nampak biasa je..

Da lama kami xjumpa..bila dia abis degree, tu la kali terakhir kami bjumpa..kini, arwah da xde..arwah da pergi tinggalkan saya selama2nya..Ya Allah..cepatnya Engkau pinjamkan dia utk kami..kini Engkau mengambilnya semula..

Buat arwah Marhamah Ghazali, semoga rohmu tenang dan damai di sana.. Moga ditempatkan di syurga bersama-sama orang yg solehah.. Alfatihah..


Sentiasa senyum dan ceria..


Arwah kak mar (kiri, pegang belt merah)..masa ni dia baru lepas grading blackbelt

Sokongan seorang teman masa saya amik blackbelt..

Kini tinggal kenangan..gambar terakhir bersama arwah.. :'(


" Indahnya pertemuan.. Dan peritnya sebuah perpisahan.. Damailah dirimu di sana.."




Al-Fatihah buat Arwah Marhamah Ghazali.. 


**mood sayu dan sedih dan terkilan dan sebagainya.. :'(



p/s: Bak kata chup2, masa kita lahir, kita menangis kerana kita bakal memikul tugas di dunia ni, tetapi ibu bapa kita gembira atas kehadiran kita.. tapi, bila tiba saatnya kita melangkah pergi, kita gembira kerana telah selesai tugas kita di dunia ini tetapi ibu bapa pula yg akan menangis di atas pemergian kita.. 





3 comments:

Mama Zharfan said...

al-fatihah
ada iras muka wanie :)

~L.o.L.i.P.o.P~ said...

ada orang cakap wani camtu gak..huhuhu..ramai nye muka yg seiras wani neh.. :D

AI said...

- Allah lebih menyayangi dia...


Related Posts with Thumbnails