Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Kisah Tak Berapa Seram: Bila Hantu Pun Nak Main Peek-A-Boo..


Salam..

Dah namanya hantu ni tergolong dari golongan jin dan syaitan, selagi dia xdpt sesatkan orang, selagi tu lah dia akan cuba.. Benteng diri? Dekatkan diri pada Allah..Hiasi dengan bacaan Al-Quran dan zikir, InsyaAllah, diri akan selamat dalam lindungan Allah S.W.T..

Kali ni, saya nak bercerita lagi kejadian yg saya alami sendiri masa PLKN dulu2.. Kali ni, hantu main peek-a-boo plak..hahaha..sounds so funny, but seriously, memang bukak langkah seribu la masa tu..huhu..

Alkisahnya, kat tempat saya menjalani latihan PLKN ni, ada satu bilik air ni kat area blok perempuan yang orang cakap sedikit keras (bilik air ni bercampur antara tandas dan ruangan mandi dan jugak kolah..kiranya ada la dalam 5-10 pintu utk bilik air dan setiap group or batalion ada tandas yg berbeza2).. Kat tempat ni, latihan memang ketat.. Contohnya pukul 12 tengah malam, dah wajib tidur..Lampu wajib tutup.. Dan kat tandas pun, lampu kena tutup kecuali tandas yang ni..

Jurulatih cakap, tandas ni keras..Jadi, jangan tutup lampu.. Jurulatih cakap lagi, malam2 biasanya akan ada orang yang mandi kat situ (bukan manusia, okhayyy...)..guna tandas tu dan sebagainya.. Tu pasal tandas tu xperlu tutup lampu sedangkan tandas-tandas lain memang kena tutup lampu..Dan jangan guna tandas tu waktu malam lebih dari kul 12 tengah malam..kalo nak guna, jurulatih suruh guna tandas lain..

Masa kat sini, kami akan bergilir2 utk berjaga setiap malam..kira ada shif la.. contohnya, dari kul 12 - 2 pagi, akan ada 3 orang pelatih perempuan dan 3 orang pelatih lelaki yang akan berjaga untuk setiap shif.. Next shif utk berjaga, pukul 2 - 4 pagi dan last skali kul 4 - 6 pagi.. Setiap jam, pelatih-pelatih yg berjaga / mengawal ni wajib wat rondaan kat blok2.. kiranya pelatih perempuan, akan wat rondaan kat blok2 perempuan..dan pelatih lelaki akan buat rondaan kat blok lelaki..lepas buat rondaan, kena berkumpul kat bilik berkawal yg disediakan..

Antara waktu 12 - 4 pagi, sememangnya waktu kemuncak biasanya kami dikacau.. Macam dah jadi perkara normal la plak walhal dalam hati, kecut jugak lah.. Biasanya masa kat bilik berkawal, kami akan berkumpul dan baca yassin ramai2..sebab kadang2 kat bilik berkawal tu pun kami pernah dikacau..huhu..Contohnya orang lempar batu kat tingkap/pintu..bunyi yg macam2..ada 'benda' yg terbang dari pokok ke pokok dan sebagainya..

Alkisahnya pasal tandas ni, masa tu saya dan 2 orang lagi kawan amik shif kul 2 - 4 pagi..waktu kemuncak benda2 macam ni biasanya mengacau.. Masa tu kami wat la rondaan kat blok2 perempuan.. Semua orang tengah syok2 tidur, kami lak kena berjaga..memang jeles betulla..huhu..berbekalkan hanya lampu suluh dan berpakaian lengkap beruniform dan berkasut boot, kami   pun meronda..suluh sana, suluh sini, tetiba saya tersuluh satu bayang manusia yg mengadap ke arah kitorang tp jauh la dari ktorang masa tu.. masa tu hati da start dup dap dup dap..macam lagu dangdut da..

Saya pun berbisik la kat kawan2, "eh..korang..baca ayat kursi tau..wat pendinding diri..rasa cam xsedap ati je neh.."..kawan2 da start hairan..diorang tanya kenapa.. saya pun hala lampu skali lagi nak tunjuk la ke arah bayang2 tu, tapi memang da xde da bayang2 tu.. maka sy pun anggap la mungkin mainan  bayangan sy je kot..xpun pelatih nak gi tandas ke (walhal dalam hati menafikan bukan camtu..)..bila da tengok benda tu xde, sy cakap ngn kawan2, nanti bila kat bilik berkawal nanti, sy citerkan..kami pun amik keputusan untuk terus meronda lagi..suluh sana..suluh sini..


Masa nak balik ke bilik berkawal semula, kami pun melintas la kat depan bilik air yg dikatakan keras tu.. tetiba ada semerbak bau sabun..wangi sangat.. padahal masa mula2 masuk tadi, xde plak bau wangi2 camneh..ntah camne, ada plak kawan yang gi tegur bau tu.. kira terlepas cakap la..sedangkan jurulatih pernah pesan, kalo ada terbau pape yg wangi dari tandas ni malam2, jangan sesekali tegur..

Kitorang diam..dalam hati da kecut..tapi ntah camne, rasa nak tau jugak bau sabun tu membuak2.. jadi, kitorang sepakat nak masuk tandas tu..masa sampai kat area tandas tu, bau wangi makin kuat..dan siap bunyi orang mandi lagi..bunyi orang cedok air dalam kolah dan jirus untuk mandi..memang jelas sangat2..lepas tu kami pun dengan langkah yg takut tapi buat2 berani, nak jugak masuk dalam tandas tu..

Masa tu ada kawan saya ni (yang tegur bau wangi tadi tu) dia ni jenis berani la sket berbanding kitorang.. masa mula2 dia jejak kaki kat pintu tandas, dia menjerit dalam tandas tu " Helllloooooooooooo...".. terus, bunyi orang yg mandi tadi hilang..tapi bau wangi tu still lagi ada.. kawan saya yang ni terus masuk, cek satu2 dalam bilik air..saya dan sorang lagi kawan berkawal kat pintu tandas je..takut la kami nak masuk..

Lepas kawan masuk cek, dia kuar, cakap sume bilik air kosong..xde orang..tapi ada kesan basah macam orang baru lepas mandi dan bau wangi pun memang semerbak.. Nak kata ada orang cilok kuar dari situ masa kami mula2 nak masuk memang mustahil sangat2 la sebab kami duk kat pintu tandas..pintu tandas yg satu lagi pun takde kesan tapak selipar yg basah..jadi agak mustahil la orang tersebut keluar..

Masa tu hati dah xyah cakap la..memang berdegup giler2.. last2, kitorang pun nak blah..tapi kawan sy yg berani ni, pi tutup suis lampu tandas tu la plak sebelum kitorang kuar.. Tak sampai 10 langkah kitorang kuar, tetibe...

"Tiiiikkkk...."
Lampu tandas terbuka semula.. Masa tu kami da pandang sesama sendiri.. Sape yang buka plak ni??

Kawan saya yang berani ni xpuas hati..jadi dia g semula kat tandas tu.. DIa tutup balik suis lampu tu.. pastu dia datang balik kat tempat saya dan kawan yg sorang lagi tunggu..baru je dia nak sampai kat tempat kitorang, "tikkk..." lampu tandas tu menyala kembali.. Kali ni, kami andaikan suis lampu ni yg problem kot..masa ni, memang da start takut da ni..masa tu kami pun da ckp kat diorang, dah2 la tutup suis lampu tu..jurulatih kan xbagi kita tutup.. tapi dia xmo dengar apa yg kitorang bgtau tu..

Walaupun dah 2 kali suis terpasang sendiri camtu, kawan saya yg berani ni still xpuas hati..untuk kali ke-3, dia pergi kat tandas tu untuk tutup semula lampu tu..lampu suluh kami halakan pada dia la sebab dia nak masuk dalam tandas kan.. lepas tu, dia tutup balik lampu tu dan dia berdiri kat pintu tandas tu dalam 10-15 saat jugak..pelik, suis tu xplak terbuka dengan sendiri masa dia ada kat situ..lepas tu, bila dia nak datang je ke arah kami, " tiiiikkkkkkkk..." suis lampu tu terbuka kembali..

Kali ni..tanpa berlengah2, ape lagi...kami terus angkat langkah seribu la.. tak tahan ooo kena kacau camtu.. kami lari cepat2 balik ke bilik berkawal..lepas tu, kami citer la kejadian ni kat pelatih lelaki..

Malam tu, ingatkan kami je yang kena.. Rupa2nya pelatih lelaki yang berkawal masa shif saye tu jugak kena kacau..saya da xingat da citer diorang kena kacau camne..tp yang pastinya diorang pun kena kacau dalam tandas jugak..cuma hantu tu bukan main ngan suis lampu la..huhu..

Sejak ari tu, saya da xnak da berkawal antara shif 12 - 2 pagi dan 2 - 4 pagi..saya biasanya amik jam 4 - 6 pagi je..sebabnya kul 5 pagi kebanyakkannya pelatih da bangun untuk mandi dan bersiap2 untuk solat subuh..jadi waktu untuk saye dan 2 pelatih berkawal yg lain kiranya xsunyi sangat da la sebab pelatih lain da bangun kan.. hehe..

Adeh...meremang sekejap bulu2 roma bila teringat balik kat citer ni..Tu la antara pengalaman yg saya alami sendiri.. Untuk next entry, saya citer lagi pengalaman sy sendiri yg nampak bayang2 kat tingkap tapi xde orang pun..dan kawan sy sendiri pun nampak banyang2 ni..dan lepas tgk bayang2 tu, kami kena tindih..

Semoga kita semua berada dalam lindungan Ilahi sentiasa dari gangguan jin, iblis dan syaitan ni..Aminn..











Monday, May 30, 2011

Kisah Tak Berapa Seram: Bila Kawan Kena Histeria..


Salam..

Hehe..Sejak dua menjak ni, kenapa lah ye kat tv tu suka tayang citer2 seram? Tak suka betul la camni..Teringat plak kisah masa kat PLKN dulu..betul2 saya alaminya, tau..tu salah satu sebab sy xsuka tengok citer2 seram..

Alkisahnya, masa kat PLKN, masa tu da masuk bulan ke-3 kot latihan kat sana..maknanya bulan utk sesi khidmat bakti..kiranya kita gi kat tempat2 awam macam hospital ke..klinik kesihatan ke..kampung2 ke..pastu wat gotong royong..bersih2 halaman..kadang2 kita gotong royong masak ramai2..cat2 bagunan..kacau dodol..best sgt2..

Saya kena PLKN kat negeri sembilan..da tu kem saya lak dalam hutan dan atas bukit..kat situ, org cakap, tempat tu memang keras sket sebabnya dalam hutan kan.. maka nak di jadikan cerita.. masa tu, ada la sesi khidmat bakti kat kampung ni..kitorang dibahagikan kumpulan..ada yg bersih masjid/surau..ada yg bersih rumah2...dan ada yg bersih kubur2..

Masa tu, ada yg di antara pelatih2 yg berkapel sesama sendiri.. ada la satu pasangan ni..tugas diorang bersihkan kubur.. tapi, boleh pulak diorang berdating kat atas kubur..duk berdua-duaan kat atas kubur kat tempat tersorok.. tu pun terkantoi dengan jurulatih..diorang ni memang xhormati betul la suasana masa tu..ada ke patut berdating atas kubur..

Lepas selesai semua tugas, kitorang balik la ke kem..masa dalam bas tu, saya dah rasa xsedap hati..xtau la nape tetibe datang perasaan camtu..masa tu sy xtau pun pasangan tu terkantoi berdating atas kubur.. sampai la malam tu, kitorang ada program..dengar ceramah tentang kemasukan ke ipt-ipt kalo xsilap..

Budak perempuan tu, duk depan saya..bertentangan dengan saya..cuma, sy perhatikan pandangan mata dia sangat tajam..macam nak makan orang..saya wat dunno lagi..dia tengok dan renung sy..dalam hati sy berbisik, "aku ada buat salah ke ngan dia ni?"..Kawan2 tegur dia pun dia xbalas..asyik merenung je..makan pun tak..minum pun tak..apatah lagi dengar ceramah..kompem tak..

Nak dijadikan cerita..masa berakhirnya program tu, biasanya kami tutup majlis dengan bacaan selawat dan doa.. masa tu, dia da start gelisah..macam orang kepanasan..dan tiba2, dia menjerit-jerit..macam orang histeria..sy yang duk kat depan dia memang terperanjat giler..masa tu sy xfaham apa2 yg dia cakap..sepatah haram sy xtau..

masa tu, suasana da start kecoh..dan yang paling teruknya, hampir 2-3 orang kawan2 dia terjangkit sama histeria..suasana da start panik..masa tu sy da berganjak menjauhi diorg..saya baca ayat2 untuk pelindung diri..mangsa2 histeria masih lagi terjerit2..tapi budak perempuan yg fisrt kena histeria tu masih lagi merenung ke arah sy sambil tunjuk2 ke arah sy..haish..seram sejuk sy masa tu..pastu, ustaz datang untuk cuba mengubati diorang..

tak lama pastu, keadaan terkawal dan mangsa2 tu suma di bawak ke dorm diorg..ustaz pagar dorm tu dari gangguan2 makhluk halus ni dgn garam kalo xsilap saya..suasana reda da sket..malam tu, kami berjaga sambil baca yasin utk pagarkan dorm kami plak..

dan bermulalah selepas kejadian tu, sy diganggu oleh makhluk2 halus kat sana.. macam mana sy diganggu? nanti sy citer lagi next entry ye.. :)


Sunday, May 29, 2011

Kejadian Yang Tak Diingini Berlaku..



Salam..

Apa yg unexpectednye? huhu..

Alkisahnya, pagi tadi, seawal kul 6 lebih, chup2 message wish morning dan suh bangun semayang subuh.. Ari ni, dia akan ke Fraser Hill..Ada konvoi geng2 superbike ke sana.. Jadi dia bangun awal la utk prepare diri..Dijangka dia bertolak kul 9.30 pagi..

Pagi ni jugak, message dia berbunyi sedikit pelik..Bukan seperti biasa.. Tapi, sy cuma diamkan diri je la..xde plak rasa nak tanya nape msg dia cam pelik je..Saya pun malas la nak fikir yg bukan2..

Lepas subuh, saya terlelap smula sblum bangun kul 8 lebih..Wat2 lupa lak ari ni ade praktikal..[da masuk minggu ke3 da..] hihi.. Lepas tu, sy tengok, ada message terakhir dari chup2 semasa sy terlelap.. Dalam ati sy berbisik, nape message dia pelik sangat pagi ni.. Tiba2, hati mula berdegup dup dap dup dap.. Saya hantar message kat dia.. Tapi senyap..tiada balasan...

Kul 9 baru saya masuk opis.. Perjalanan ari ni terasa lambat je.. Masih menanti message dari chup2..Tapi masih xde apa2 berita..Masa terus berlalu..

Lepas tu, mula la teringat semula message2 dia sebelum ni.. Contohnya, ari jumaat lepas, dia cakap, dia rasa sesak nafas.. Susah nak bernafas.. Saya suruh dia letak minyak angin kat dada..gosok2 dan tido.. Lepas tu, dia tertido..Alhamdulillah, pagi sabtu tu, dia message da rasa okay sikit..

Dek kerana ari ni sy xdapat message dari dia, mula la sy fikir yg bukan2..namun dalam hati, tetap mendoakan agar dia selamat perjalanan pergi dan balik..

Kul 2 lebih..tatkala sy tengah siapkan hujah pembelaan bersama kawan2 yg lain, enset sy berbunyi..

Saya tengok, message dari dia.. Masa tu sy da tersenyum.. Tapi sekejap je senyuman tu bila sy terbaca message dari dia..

" Chuby... Chup2 jatuh.. Bahu terkehel.."

Terkedu jap.. Patut la dari pagi tadi lagi sy rasa xsedap hati [mcm yg pernah sy alami sebelum ni] sebelum kejadian yg xdiingini berlaku kat saya..

Saya balas message dia..Saya tanya, ada luka x..cedera teruk ke? moto camne?kat mana jatuh? gi spital x? bla bla bla..

Dan dia balas..

" Moto okay je..tak calar sangat..sebab chup2 jatuhkan badan dulu..hehe.."

Dalam hati sy berbisik, "ish dia ni..sempat lagi dia sayang kat moto dari badan dan nyawa sendiri.."

Namun saya tau, dia sebenarnya xnak sy risau..jadi dia cuba utk melawak..apapun, Alhamdulillah, mujur dia xde pape dan mengalami kecedaraan yg serius - dia yg ckp..padahal gi spital pun x..


********************************


Malam ni:

Td dia message sy..katanya, bahu dia makin sakit dan membengkak..saya suruh p klinik wat x-ray dan amik ubat,kut2 ada tulang yg patah ke..kan..tp dia xnak..takut katanya..yg dia bergolek2 atas jalan tu xrasa sakit la pulak? haish..geram betul la..

malam ni, dia cuma makan panadol je..kemudian, sy suruh dia tido awal.. esok dah la dia keje..hurm..chup2...chup2..

Semoga chup2 sempat sembuh.. dan kembali sihat seperti biasa..InsyaAllah..Aminnn...


Cubaan utk kona leper..

p/s: Kemalangan memang kejadian yg kita xduga..Arwah tok ayah sy penah bagitau: "Kadang2, bila kita da hati2, orang lain yg kurang berhati2..Dan akhirnya xpasal2, kita terlibat ngan kemalangan..Sebelum mulakan perjalanan, jangan lupa baca doa, selawat dan pandu dgn hati2..tengok kiri kanan dan sebagainya.." Sampai sekarang sy ingat pesanan arwah.. Al-fatihah utk arwah tok ayah.......

Saturday, May 28, 2011

Saya Rindu Awak.. Awak Rindu Saya Tak?



Suatu malam....






L: Saya rindu awak.. Awak rindu saya x?





P: Saya pun rindu awak..





L: Awak rindu saya banyak mana?





P: Banyak ni.. (sambil mendepa2 dan menggoyang2kan tangan dia)





L: Tak nampak pun rindu awak..





P: Memang la awak tak nampak..Sebab rindu saya tak terkira banyaknya..





L: *terharu* saya sayang awak manyak2...





P: *tersenyum* 










hihi~ :p








Kenapa Mesti Menipu Untuk Memikat Hati Lelaki??




Salam..

Ari ni saya nak share satu cerita..Kisah benar yg betul2 terjadi ni..Seorang perempuan yg sanggup menipu dan mencipta satu watak baru untuk memikat hati seorang lelaki..

Biarlah saya namakan dia sebagai E.. E ni, sy kenal dia melalui kelas kokurikulum dulu.. Disebabkan sy setiausaha untuk kelas tu, maka mostly mmg saya akan contact la mana2 budak kat kelas tu untuk inform kelas or training.. So, E ni, ada la kasi nombor telefon dia 014..

E ni, minat kat kawan sy..Biar sy namakan sebagai A..A dan saya boleh dikatakan agak rapat..maklum la, sama2 diploma..Pastu sama2 amik taekwondo dan sama2 amik blackbelt..Masa degree, still sama2 turun training taekwondo..A ada awek nama H..

Masa tu, saya xtau pun yg E ni suka kat A..Jadi E selalu tanya kat sy pasal A..Pastu dia ckp, yg H tu spupu dia..Jadi, dia nak tau la pasal A serba sedikit..E citer kat sy yg A selalu tengking2 H..Marah2 H..Sampai H pernah eksiden.. H ni ada kanser otak..Selalu pengsan etc...Menurut E lagi, H anak tunggal.. Anak org kaya..Papa mama ada company sendiri.. Umah pun besar..

First time sy dgr cite H ni, sy tumpang kesian la jugak..Tapi sy rasa pelik..lepas E tanya sy sal A, terus H add sy kat FB..H ni blajar kat IPTA kat johor nu ha..Tapi sy heran, knp hmpir kesemua kwn2 dia adalah budak univ sy dan hampir kesemua jugak semua budak2 law univ sy dia add..kat situ sy da start pelik..Dan list kawan2 dlm FB E adalah sama dgn kwn2 dlm list H..

Satu hari sy dpt tau yg H eksiden..Kira parah jgk la..Papa mama dia koma..then, bbrp ari lepas tu, dia ckp papa dia meninggal..Innalillah..Mama dia still lagi koma dan duk dlm icu.. Saban hari, dia merintih..ckp dia xde sape2 da..mama kat icu..koma..doktor ckp peluang utk hidup tipis..dlm duk bersedih2 tu, tup tup, dapat tau mama dia da sedar dan pergi ke london..dia ditnggalkan sorg2 kat msia..Then, dia ckp dia nak g london nak cari mama dia tapi dia xtau mama dia duk kat area mana..(bajet london tu kecik ke ape ntah..haish)

So, sy pun alang2 masa tu nak g UK kan, sy pun ajak la dia skali..da tu kata nak gi cari mama dia..masa tu mcm2 alasan dia bagi..xtau nak gi bila la..xleh g skali la..pastu kalu gi, nak duk bbrp ari je..pastu nak balik terus.. sy diam je masa tu..dlm hati sy da mula fikirkan sesuatu..

Lepas tu, tup tup sy dpt berita, mama dia meninggal..tp meninggal kat msia..sy da start curiga.. apa dia bajet jarak msia-london tu macam jarak antara trg-kelantan ke apa..skjp kat london..shari dua lepas tu, tetiba ada kat kelantan lak..haish..

Ada satu hari tu, sy dpt tau dia koma..2 minggu..sbb kanser otak stage 4..hurm..stage 4 tu kiranya stage yg paling kronik la jgk..kononnya masuk icu..tp smpt plak dia online..lepas tu, sebaik shj dia sedar dr koma, dia da hlg ingatan..kiranya dia da xigt sume kawan2 dia sblm ni..tp sy heran jugak, shari dua lepas tu, bleh plak dia igt citer2 dia sblm ni..haih..

Semakin hari, semakin banyak silap H yg mengantoikan diri dia sendiri.. H dan E adalah org yg sama sebenarnya.. E kena wat watak H demi untuk memikat hati A.. Sbb A mmg xsuke E..tp E lak, memang suka kat A..so, dia wat watak H supaya si A ni akan jatuh cinta dgn H yg merupakan diri dia sendiri..

Cuma, yg sy sedih, kenapa mesti dia menipu untuk dapatkan semua ni? Si E ni, sanggup tipu semua orang agar misi dia terlaksana..Dia sanggup menipu tentang kematian ibu bapa dia sendiri.. Sanggup amik gambar org lain dan kata tu adalah gmbr dia sendiri..Berangan jadi anak org kaya..Ada syarikat sendiri..Ada rumah besar..Lagak bak puteri..DIa xkesah yg dia da menipu org lain, cuma yg penting bagi dia, dia dapat kapel dgn si A..Dia meraih simpati org ramai dan juga si A dgn sume citer2 dan lakonan dia slama ni.. Dan si A, mmg bersimpati dgn dia..Hinggakan parents si A ni pun tau sal si H dan diorg pun support si A ni terima H..sbb anak yatim piatu kan..

Si A pun sedar permainan yg dimainkan oleh si H..A da cuba bongkarkan sendiri citer si H..Dia pegi rumah E dan tanya ayah E sendiri, betul ke nama si polan si polan ni adalah adik ayah E merangkap ayah si H.. Dan jawapan ayah E, "Pakcik mana ada adik atau sedara mara nama tu.."..Seee..Sudah jelas lagi bersuluh, memang da terkantoi bulat2..

Si A pernah tanya pendapat sy tentang E dan H ni.. A bagitau sy nombor telefon H adalah 014 dan nombor E adalah 017..Sedangkan si E bagitau sy, nombor tepon dia 014 dan nombor H adalah 017.. See?? Nampak sangat kan org yg sama?

Sepandai2 kera melompat dr dahan ke dahan, kdg2 jatuh bedebuk jugak kat tanah tu kan.... Mungkin dia terasa diri dia tergugat dgn sy sbb sy cuba nak cari kebenaran ttg diri dia, maka dia pun remove sy dr fb dia..dan yg xtahan lagi, siap block fb sy.. Macam la sy kesah dgn semua tu.. dia xperasan padahal ada je akaun sy yg len dlm fb dia tu..keh3..

Akhirnya, si A dan si H berpisah.. Yg herannya, si H yg clash, tp si E yg lebih2 emo kat si A ni..mcm2 dia kata kat A..kodok buruk la..adik beradik itik la..memang melampau sgt kot tindakan si E ni..

Perlu ke kita menipu untuk memikat hati sang lelaki? Perlu ke kita menyamar diri sbg org lain utk merebut cinta si lelaki tu sbb sblm ni diri pernah direject? Entah la..sy pun xtau apa yg dia fikir dan rancang sebenarnya..Cuma, sy harap, moga dia sedar akan kesalahan dia dan cepat2 la insaf dan bertaubat sebelum Allah cabut nyawanya kembali.. Banyak orang yg dia tipu dan kelentong..Dan ramai org yg tertipu dgn lakonan dia.. Memang dia patut dpt award pelakon terbaik kot..sbb ramai yg tertipu dgn dia..

Nasihat sy, jadilah diri sendiri..Jangan cuba jadi diri orang lain demi nak dptkan sebuah cinta yg pada hakikatnya adalah cinta palsu..Jangan la nak merendah2kan maruah diri sebagai seorang perempuan semata-mata nak memikat lelaki..Moga E insaf akan segala kesilapan dia selama ni dan kembali ke pangkal jalan.. Jangan sampai diri dimalukan baru nak menyesal dgn semua ni..Selicik2 awak, ada lagi orang yg lagi licik..Ada faham,si adik comey manis yg bernama E?? :)


p/s: Sorry..panjang la pulop citer kali ni..huhu..




Friday, May 27, 2011

Istikharah Cinta



Salam..

Mula2 skali, sy nak ucap terima kasih pada mereka2 yg sudi menjengah ke blog sy yg xseberapa ni.. Syukur alhamdulillah..ade jugak org yg sudi baca kat sini..hehe..

Kali ni sy nak bercerita tentang Istikharah Cinta.. Err...bukan nak explain pasal tu..cuma, nak kongsi ngan kalian sume tentang tajuk ni, merangkap tajuk lagu sebenarnya..Banyak makna yg tersirat kat lagu ni sebenarnya..Huhu..

Penah dengar lagu ni? lagu ni la background blog sy skrg ni..mendayu2 je..kan? Lagu ni kumpulan sigma yg nyanyi..kumpulan nasyid dari indonesia..sape2 yg nak donlod + tengok lirik lagu ni, jomm kita usha2 kat bawah ni..




SIGMA - ISTIKHARAH CINTA
DOWNLOAD



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta



Harap kalian suka.. ^_^

Wednesday, May 25, 2011

Lelaki Tukar Jantina Jadi Perempuan..



Berita Harian Online | Keputusan lelaki tukar nama wanita 18 Julai 


2011/05/25

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan permohonan seorang lelaki, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, menukar namanya kepada Aleesha Farhana. 

Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen sudah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu selepas mendakwa cenderung kepada perwatakan sebagai wanita sejak kecil.- Berita Harian Online


Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni?? Salah satu tanda2 akhir zaman di mana lelaki menyerupai perempuan ataupun perempuan yg menyerupai lelaki.. Semoga Allah beri dia hidayah.. Amin..


p/s: Semasa perbicaraan td, sy ada jugak dalam tu..mmg best dan panas jugak dgr kes ni..Dan dia sangat ayu dan comel..mcm perempuan melayu terakhir..bertudung lak tu..Aduh..kalah perempuan.. >.<



Wednesday, May 18, 2011

Angin Malam Membuatkan Diri Teringat Kat Mereka dan Mereka dan Mereka....


Salam..

Entry sebelum tido.. sangat2 mengantok..cuma..sebelum tidur, ntah camne..tetibe teringat kat mereka2 yg pernah  sempat masuk dalam hati dulu walaupun sekejap.. Hehehe.. Yg pasti, bukan ex yer..

Kepada Mr A, Mr I, Mr Sh, Mr S, Mr D, Mr AAN etc...

"yghujkkbyiujhbiujdcnbiuooklnkbjvuyiuoklmnbjhyuiopkjhbgfdrtyuiopkjhgfdtryuioklmnbvhgftryuiopklnbnvcxdftyuioplkmnbvftgyuhjklmnbvtrtyyuiolnbmvcfgtyuioklnbvfctyuio"

Thanks korang!


Gara2 malas nk tulis entry, camni la jadinye..hehehe..ade jgk org camni..hish!

p/s: nak tau ape maksud pesanan tu? biar hati je lah yg tau..hehehe..


To Mr Chup2:
Laling bace ke blog ni? keh3..xyahla tinggal msg kat sini..ohoho.. xoxo~


Tuesday, May 17, 2011

Kawe Nok Bini~



Chopppppppppp...Saye perempuan..pe kes lak nak berbini-bini ni..buang tebiat ape..keh3..

Ni gara2 dengar satu lagu kat radio THR..tajuk dia KAWE NOK BINI..lucu betulla..masa tu sy ada kat blakang..part BINI tu sy tukar jadi BLAKI.. ape lagi..terus kene gelak oleh umi ayah..hahaha..adesss...maluu..ni gara2 lagu ni punye pasal la..kui3.. -xpasal2 lagu yg disalahkan..keh3-

Balik je umah, try la search lagu ni..last2 jumpa jugak..hihi..

Sape penah dengar lagu ni? kompem ada yg xpenah dengar,kan? hehehe...Aris kapilla yg nyanyi..muzik dia mcm lagu p ramlee..xigt lak tajuk ape..tapi kalo xslp yg p ramlee nyanyi "maafkan kami..maafkan kami.."..haaa..lagu ape da tu eh? huhu..

Ni antara lirik lagu ni..serta video klipnye.. :D

ENJOYYY!!!



Aris Kapilla & Man Khan Kawe Nok Bini
DOWNLOAD



kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini..

payoh nok jupo weii loni.. ambo puah cari.. meme..

demo nok cari hok tudung labuh
ikut ajaran hok nabi suruh
tok tua mano hok tidak mengeluh
10 pagi baru semayang subuh

napok gayo terpakso tangguh
tokdan nak mintok muko dah teduh

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini ..

oo00.. berat 10 pagi baru semayang subuh nih.. kes lewat tido male..

aculah cari hok anok daro
hai puas hati male pertamo
di zaman loni payoh nak jupo
hok dok mari banyok hok laro

pesen lagu ni tangguh pon takpo
dari dok pening wat sekso jiwo

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini ..

ho anok daro payoh jugok.. payoh.. tokleh nak arap mano..

cubolah cari artis dikir barat
tupe glamor soro pon sedak
payoh nak jago ramai peminat
tokleh nak make dapur tak berasap

lagu mano nok masuk rapat
tok dan nak jago dok musing ligat

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini..

nya belit kedio la.. payoh nak cari ,artis kem.. kem bersohor.

kalulah gitu cari mok jando
pengalaman lebih rajin wat kijo
toksoh dok tebin wat sakit palo
tokdan nak pero parok belanjo

sapa bilo tak jadi nikoh
hok tu tak keno hok ni tak keno

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo keno bini
kawe nok bini..

keno jugok bini kot mano pun ke.. ha tu dio.. hok tu la payoh nak cari wei..

doh payoh sangat cari ore kayo.. (belago angin weii)..
hidup pon sene tak payah kijo
hidop tak linang kontrol ke dio
jadi pok turut sampai ke tua

aii saloh tak keno hok dio suko
tiap tiap male kito tido tanggo

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, mesti keno bini,
kawe nok bini

arr keno kontrol nayo.. takpo la kito wi nasihat ko ore ramai..

wahai semuo ambo nok royat
nak pilih bini biar bertempat
lamo kan baju nya kancing ranjak
dok sohor kokre kito ni hebat

pade lah dulu saing sahabat
otak dah saru jodoh tak dapat

kawe nok bini, demo nok bini
kawe keno bini, demo mesti bini
kawe nok bini ..

Monday, May 16, 2011

Saya Mau Iniiiiiiii!!!


Salam..

Arghhhhh...Rinduuuuuuu...Nak makan ni..ternampak iklan nuffnang kat blog sendiri..terus teringat.. sedap wooooo...xjemu den makan..tp xde la makan sokmo2..maunye naik berkilo2 kalo makan sokmo..haish!

tempoh den diet ade staun je lagi sebelum konvo next year..chaiyok2..tapi...bila nampak makanan ni, terus terlupa tang diet..keh3..tergoda beb! den suko part jagung tu..rela makan jagung tu last skali..kui3..

ada sape2 mau lanje sy x? nyum3...ngidam betui la camni..





KFC Chicken Chop!! Yummy!!!!


P/s: kfc xmo kasi sy free kupon utk tuntut chicken chop ni ke? ngidam aaa... :(



Sunday, May 15, 2011

First Day Attachment~



Salam..

What can i say and expect for the first day? Im too tired.. and sleepy.. *sigh*

 im gonna sleep early tonite..


Nite all~

p/s: Kenapa bos tu muka macam chup2? uiksssss...pelikkkk....haish!

Saturday, May 14, 2011

Can You Help Me, please?



Salam..

Sementara sy cuti lama ni kan, sy nak re-arrange semula susun atur bilik sy..hurm.. can u help me? buntu suda.. my bedroom warna biru laut + puteh..kecik je ruangnya..tp dlm bilik ni penuh ngan rak buku ngn almari baju..fuh..bunyi cam rajin mbaca je kan..keh3..(perasan)..sy ada 1 rak buku besar yg berkaca tu dan jugak 3 rak buku kecik..can u imagine brp byk buku kat situ..tu xtermasuk lagi kotak2 buku yg duk atas rak2 buku kecik..seriously, buku2 sgt banyak.. *sigh*

buat masa ni, katil masih lagi single bed..tp nak tukar kepada queen la plak..almari baju ada 2 buah..1 buah yg 3 pintu..yg satu lg yg 2 pintu..hajatnya, almari ni nak letak dlm bilik tetamu (means bakal jadi bilik no 2 sy la..hehehe...)..queen bed yg dlm quest room tu plak nk amik letak dlm bilik..tukar ngn single bed sy..hehe..

Ni plan bilik sy skrg ni..



Hajatnya, brg2 yg sy nk move letak dlm bilik no 2 adalah;

1) single bed - jadi queen bed

2) 2 almari baju - just tinggal 1 je..maybe yg 2 pintu..

3) meja study besar - nak tukar kpd meja study kecik

4) 3 rak buku kecik - maybe nak amik 1 je kot..yg len2 nk letak dlm bilik no 2..

5) tempat sidai kain semayang - kekalkan

6) tv + dvd player - kekalkan

* nak tambah aircond..yeah3..


problem skang ni, xtau nak susun camne plak barang2 tu sume..asyik kedudukan yg sama je dr 1st sy duk sini smpai skang..skali skala nk ubah selera lak..hihi..

harap korang dpt tolong saye..tolong neh..tenkiu~

Thursday, May 12, 2011

Bila Panda da Pandai Berkungfu~


Salam..

Da tengok kan kungfu panda 1? suke tgk katon tu..enjoy je..nak2 kalo libatkan kungfu2 ni..memang sy suka..martial art kan..walaupun hakikatnya skang ni sy terpaksa rehat sementara dr bermartial art..



Tadi masa duk usha2 blog sendiri (hehehe..xde keje usha blog sndiri..sob3..), ternampak iklan nuffnang sal movie kungfu panda 2.. huwaaaaaaaa...nak tgk..nk tgk..ade sape2 yg baik ati yg nak lanje sy tgk kungfu panda 2? movie ni bakal ditayangkan pada 26 may..isk..sedeynye..xleh nk tgk.. Y__Y

chup2 ckp, dia xmo bawak sy gi tgk wayang (macam la chup2 duk sblh umah je..keh3..)..sbb katanya, xbaik utk pasangan yg lom kawen..leh timbulkan fitnah..sbbnya kat pawagam tu gelap..err..memang sy xpenah masuk pawagam..bunyi cam mustahil tp hakikatnya camtu..mmg xpenah masuk kat tempat cmtu..nak2 bila dia ckp camtu, lagi la xterasa nak tengok wayang kat stu..xpe2..kite cari movie ngn kawan2 / internet..pasang kat lappy..tutup lampu..tngk lam gelap..keh2..sebelum tu kene sedia popcorn dulu..[berangan je la..xde maknanya sy nk duk lam gelap..sbb sy memang xsuke gelap..hihi..tido pun dalam cerah..ada ati nk duk dalam gelap..cesss~]

oh ye..sape klik kat iklan kungfu panda 2 tu kan..ade game kat dalam tu..main jentik2 kertas..best2..sy suke main game tu..hehe..kalo nampak iklan lagi kat blog sy ni..rajin2kan tangan klik utk sy neh..kekeke...

tetibe rasa ngntok..nk tido la jap..tata sume..nak bermimpi berkungfu jap..hoho~ klik iklan sy please... :D

tq ols~
^__^

Wednesday, May 11, 2011

Cinta Hati Saya - AHMAD


Salam..

‎"Dialah idola..Dialah superstar..Mampu menggetarkan ranah jiwa..Dia yg ku nanti..Selalu terpuji..Ingin ku dekat, selalu ku dekat...Kau selalu di hati ku..Luluhkan keangkuhanku..Ingin aku cepat2.. Bercinta dengan lelaki paling hebat..Peribadinya sederhana..Tiada banyak bicara..Ku xmahu lama2..Mendekat kepadaku dengan segera.."

Ahmad.. Seindah namanya..

Tu sebenarnya lirik lagu AHMAD nyanyian Arrora Salwa.. First time dengar lagu ni da jatuh cinta..sbbnya lagu ni sgt catchy..best2..korang penah dengar x?

Nak cari kat youtube pun susah..memang xde pun yg versi studio..cuma ada 1 je yg versi live masa dia wat persembahan..



Cari punya cari, ni jumpa satu link kalo korang nk dengar versi studio..best..nak donlod pun bleh lagu ni..



Sambil dengar lagu ni, bleh tengok lirik kat bawah ni ye..


LIRIK AHMAD - ARRORA SALWA


Hai Ahmad..~


Ahmad..2x


Pertama kali si aku malu-malu,
Saat ku dekat ku ragu2
Mungkinkah dia suka padaku
Ah Ah Ahmad...


Ternyata tanpa ku duga-duga,
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya,
Ah Ah Ahmad...


Dialah idola,
Dialah superstar,
Mampu menggetarkan ranah jiwa


Dia yg ku nanti,
Selalu terpuji,
Ingin ku dekat, selalu ku dekat..


Ahmad,
Kau selalu dihatiku
Ahmad,
Luluhkan keangkuhanku,
Ahmad,
Ingin aku cepat-cepat,
Bercinta dengan lelaki paling hebat..


Ahmad,
Peribadinya sederhana,
Ahmad,
Tiada banyak bicara,
Ahmad,
Ku tak mahu lama-lama,
Mendekat kepadaku dengan segera..


Ah Ah Ahmad  *ulang 4x
**Ulang chorus 2x


*** Kalo ada salah lirik, sorry eh..sebab certain words yg dia nyanyi xdpt nak catch up la..huhu..


Pasti sepasti2nya, sape yg nama Ahmad, mesti kembang kuncup idung 5 inci..kan3..hahhaha... Ahmad..Ahmad..Tapi chup2 nama Mohamad..xpelah..tukar versi sy la plak..jadi Mohamad..hehehe...xkesahla ahmad ke..mohamad ke..yg pasti chup2 tetap di hati..[ayarkkk..pipi suda merah..hehehe..]

Apa pendapat korang tentang lagu ni? hihihi~


p/s: Kan best kalo ade orang nyanyi lagu nama Wanie plak..kui3..mungkinkah? ade sape2 nak tolong watkan lagu nama Wanie x? hihi


Bila Hati Berbicara Lagi~ [mood hilang]


Salam..

Da lama xupdate,kan.. Banyak benda yg berlaku sepanjang exam.. Tapi better xyah share lah kot.. kalo share, mesti ada yg terkejut..dan me also, masih lagi terkejut dan fobia sampai sekarang..

Sekarang da start bercuti.. but next week, da start praktikal..sebulan je..so lepas sebulan, sambung cuti lagi sampai bulan 9..

2 hari yang lepas, saya rasa happy sangat..ye..happy sehingga tahap nak tidur pun duk tersenyum3..hihi..malu utk mengaku..tapi termengaku la pulak..opsssssss...tapi sy slalu beringat, jangan terlalu gembira, nanti ada yg bersedih..buktinya, malam ni sy bersedih..

nape bersedih? ntah.. malam ni terasa sunyi je..mungkin sebab ujan xturun kot..atau mungkin jugak sume buku novel yg sy belum baca da abis sy khatamkan..dan skrg da xtau nak buat ape2..hurmphh..

yg saya tau, jauh di sudut hati..sy sedih..sayu..dan jugak sunyi..atau lebih tepat lagi sy sedang menanggung satu beban kerinduan.. ubat kerinduan? hurm..mungkin sy patut tidur awal..ye..belajar untuk tidur awal..

ingin skali sy luahkan rasa di sini..tapi nampak gayanya, jari belum bersedia utk memetik keyboard dgn laju..masih terasa berdenyut2 kat tangan ni..sakit yg belum hilang..

buat teman2 bloggers, insyaallah, kalo xde aral, sy akan kembali bersiaran..bila mood utk berblog + tangan ni kembali pulih.. doakan utk sy ye! mekasih.. :)


Thursday, May 5, 2011

Away For 2 Weeks~ Exam..Exam.. ~26/4/2011 - 5/5/2011~

*entry tertampal..huhu*

Salam..

Hehe..Saya da nak exam da.. Tolong doakan utk saya ye.. I'll be away starting from today until 5/5/2011.. Tapi kalo ada post sy tu, maybe tu post yg dischedule lah kot..Maybe?? hahahaha...xtau..xtau..sy xonline..lalalalala...ngeh3.. [nampak sangat taleh percaya statement tu..hahaha..]

apepun, doakan untuk saya ye..

Mekasih semua..


^__^



Related Posts with Thumbnails