Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 24, 2011

Org Lain Bertunang, Dia Pun Sibuk2 Nak Bertunang Jugak..~ ^__^


Salam..

Gatalnya cik lolipop ni ye...mentang2 tengok majlis pertunangan asyarf muslim pagi semalam, terus rasa cam nak bertunang jugak..hahahaha...asyraf bakal berkawen 1 syawal nanti kat mekah..wahhhhh..ala2 umi aida kawen jgk la neh..

tapi saya tabik spring 100x (lenguh tgn tabik spring gini gakk) kat asyraf..suka tgk dia skarang ni..lgpun, spanjang dia blakon, dia bebas dr gosip2 panas kan..nak2 lepas dia dapat hidayah dari Allah..bertuahnya badan..semoga dia bahagia lah ye..

sebut sal btunang ni..sebenarnya sy pun da nak bertunang jugak la..26.4 ni sy bertunang..petang..wat kecit2 je..








Tp sy bertunang ngn ketas exam la..bukan ngn chup2.. Hoho..

berikut jadual exam sy kali ni..isk..sadis!


26.4.2011 - Law of Association & Company II

27.4.2011 - Bahasa Melayu Undang-undang

30.4.2011 - Equity and Trust II

2.5.2011  - Labour Law

3.5.2011  - Islamic Law of Insurance

5.5.2011  - Evidence & Procedure In Shariah Court



Tadaaaaaaaaaaaa....lepas tu abis suda exam..cuti la sampai bulan 9 baru bukak..fuh..lama tu..tp sy ada pektikal kat legal firm nanti..isk..sabau je la..

Kawan2 semua, tlg doakan utk sy ye..moga leh jawab exam dgn tenang dan moga2 dipermudahkan urusan sy nk jawab exam nti..pada yg amik exm gak, gudluck utk korang jugak..semoga kejayaan milik kita bersama..InsyaAllah.. :)


Gudluck semua~!!

Saturday, April 23, 2011

6 Kesilapan Pasangan Baru Kawen~



Salam..
Hehe..Terbaca kat mana ntah..lupa plak masa copy paste ari tu..apepun, gud info.. Even me xkawen lagi yer..tp TAK bermakna me gatal nak kawen tau..ngeh3..future planning la neh..lalalala~ Jom bace!

************************************************

L : apa tengok2 i? rindu la tu..
P: helloo..bila masa i tgk u..i tgk cik lolipop la..u ni perasan la..menyampah i..



Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.


Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Loan utk kawen? errr~
Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Cik Lolipop: Penah masuk dlm list perbincangan ngn chup2 sal ni.. so planning ktrg so far, sementara xkawen lagi, settle dulu loan2 yg ada..kebetulan bonus utk kami, both xamek PTPTN..jadi settle satu masalah..skrg ni chup2 amik loan utk superbike dia..tp insyaAllah, akan settle dlm ms staun - 2 thn..sempat lagi la settle sblm planning kawen..hehe..insyaAllah..mudah2an jodoh kami dipanjangkan Allah.. :)


Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Uikss..ramainye awek chup2..jelesh nimmm~
Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.


Cik Lolipop: Satu perkara yg chup2 perlu tau..Most of my BESTFRIENDS are from BOYS...nanti xpasal2 ade je yg jeles..kan3...hueh3..apepun chup2 tetap di hati lah.. weeeeeeeee~~ *wink* *wink* *blushing*


Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

I kiss u.. u kiss me.. only after married
okay.. :D
Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Cik Lolipop: Xkawen lagi aa..taleh la nak bincang sal ni..hua3..so..yg part ni, no komen lah ye *ala2 jawapan artis gituww..huhu*.. :D


Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Isteri memboyot kerana mengandung..
Suami memboyot kerana?? hoho
Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Cik Lolipop: Pernah termasuk dlm perbincangan kami.. hehe..nak tau pe dia? tungguuuuu~~ :D :D


Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil


Ish..xkan sy nak wat camni kat chup2 kot..isk T__T
Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Cik Lolipop: Both of us ada penyakit yg sama.. Kalo nak marah sgt2, ktrg bukan yg jenis main hambur je..tapi jenis yg senyap..cthnya kalo fed up ngn something, so diam je lah..kalo sy, kalo masa tgh nk mrh2 tu, sm ada sy tkr topik or diam.. chup2 plak, kalo dia nk marah sgt2, dia lari dr tmpt yg 'panas' tu..dia g amik udara kat luar ke..g jln2 ke.. elok sgt la tu kan..bile dua2 tgh duk marah, sorg diam, sorg kuar umah..hahaha...adeh la..


Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

A Happy Family~
Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.



Cik Lolipop: Hehehe..anak? jeng jeng jeng... cukup utk 1 team futsal okay x? hahahaha... sy erima seadanya rezeki Allah yg amat berharga ni..


************************************************


Hahaha...amacam? So skang ni, apa pendapat korang plak? hihi.. Jom..Sharing is caring tauuu...Sharing info aa..sharing future husband, taleh! :p


Kami hanya merancang, Allah jua yang menentukan..Semoga Allah perkenankan doa kami.. InsyaAllah.. Aminn....

Sayang chup2 manyak2..



Friday, April 22, 2011

Rentetan Tangan yg Tercedera: Jangan Main2 dgn Terseliuh!


Salam..

Few days ni, me agak sensitif sket.. Mungkin dek tangan yang sakit dan terpaksa menerima rawatan fisioterapi plus kawan2 yg duk gelak2 wat lawak atas kesakitan ni, sape yg xjadi sensitif..org lain tgh sakit, boleh dibantainya gelak2..siap wat lawak bodo..ganti tgn ngn tgn robocop lah..transformer lah..tulis pakai mulut lah..kalo nak bergurau pun, agak2 la..jaga la perasaan org yg tgh sakit.. hangin betulla org camni.. bukannya nak tlg doakan agar tgn ni cpt sembuh, tp duk p bantainya yg bukan2..hurm..

Kalo ikut rentetan tu, mmg tangan sy xde rest langsung kot..nak2 sukan yg sy terlibat tu kebanyakkan yg memang major guna tangan cam boling, badminton dan memanah..nak2 masa taekwondo maybe ada yg terkena sepakan or nak block sepakan org..lagipun ms first kena tu, ingatkan sy cuma terseliuh cam biasa (biasala kan kalo main2 tu terseliuh..) cuma yg xexpectednye, sampai melibatkan kecederaan tendon..sy start perasan yg tgn sy xberapa ok bila saya pegang ssuatu barang, then barang tu terlucut jatuh..contohnya ari tu, sy angkat sekor kucing..berat 5kg je pon..masa tgh pegang, dia terlucut jatuh seolah2 tgn kanan dah xkuat genggaman..

since then, sy perhatikan tgn slalu sakit..especially kalo kita press ibu jari tu..kompem terasa sakit..kalo nak gerak2 pun agak berpada2 sbb takut sakit..most kpd fobia da sket..isk..

tengok balik galeri gambar..ade la beberapa keping gmbr yg menunjukkan tgn sy berbalut sblm ni..smpai la skrg da tpaksa pakat wrist guard.. dulu, ingatkan seliuh biasa je..rupa2nya tendon tgn sy yg tercedera..Isk!! Sadis..Sadis.. So kawan2, jangan main2 dgn terseliuh ye..Mungkin nampak remeh, tapi kita xtau sebenarnya yg berlaku kat dlm tu..ntah2 luka ke..terkoyak ke..tulang crack ke..nauzubillah..


GAMBAR 1: 



Actually, ni gambar masa game kat johor..sakit tu sebenarnya sebelum game ni lagi..tp hold dulu..bajet seliuh biasa..tp masa tgh duk blawan tu, kaki (yg sememangnya masa tu tgh injured sakit) tetibe sakit dan masa tu jgk tangan yg ni rasa berdenyut2..terpaksa la stop game tu ms round ke2 padahal masa tu mata mendahului (taekwondo sparring biasanya ada 3 round)..coach hentikan game and me terus g dptkan rawatan kat meja medic..masa tu letak ais coz nampak tangan mcm bengkak..lepas tu balut..n since then, tgn memang sakit giler2 tp cam sy ckp td la, bajet tu seliuh biasa..huk3..



GAMBAR 2:




Sebelum ni, kalo sakit, xde la sampai ase nak balut2 tangan unless kalo rasa berdenyut2 tu ketara sgt..tp stat akhir bln 3 kot rasa sakit tu agak ketara dan xleh nk put pressure sgt kat tgn tu..ms tu bgtau parents pun, mostly org igt seliuh je..and also maybe soft tissue yg injured..so bertahan la dgn kesakitan tu dgn sentiasa balut tgn + tampal salonpas setiap masa..masa ni balut sndiri tau..hehe3..masa ni nk drive pun da xbrp okay especially time nk pegang stereng + pakai seatbelt..sbb masa nk wat benda tu kan pgelangan tgn akan bergerak, so tu yg menyebabkan rasa sakit..sob3..



GAMBAR 3:



Until a week ago, my mom perasan something xkena ngan tangan ni..bila sy nak gerak + bngkok2 kat pergelangan tgn tu, tgn sy jadi shaking seolah2 menahan kesakitan yg amat sangat.. and yes, it's totally hurt, okay.. tp tu lah, da set mind yg tu terseliuh, walau sakit camne pun, sanggup tahan je..padahal sakit tu xyah nk ckp la..lepas tu gi jumpa doktor tulang and he diagnosed me kena de quervain..kira mcm wrist pain la..so take time jgk nk baik ni..kalo nak tau sal de quervain ni, leh klik sini..Dugaan Musim Study Week: Kena wat Fisioterapi Tangan..Sob3.. lepas tu doc tulang refer me t0 physiotherapy utk wat rawatan tgn..huk3..msh dlm pemantauan doc tulang tu actually.. :(




GAMBAR 4:



Ni salah satu rawatan kat fisioterapi..tgn kena celup dlm lilin..panas weh lilin tu..smpaikan bleh tgk perbezaan kaler kulit tgn..me yg da sedia koko ni bertambah2 koko la nampak gayanye..hehe.. so far sy terima treatment fisio selang sehari skali..tp disebabkan next week da start exam, so tpaksa hentikan dulu treatment ni..tp kalo leh sy kene dtg jgk time gap paper yg agak jauh utk rwtn tgn ni..huk3.. treatment kedua ari tu tgn sy dibalut dlm tuala panas..tlupa lak nak amik gmbr..hoho..


GAMBAR 5:



Sepanjang menerima rawatan, sy kena pakai benda ni..sebabnya xmo bagi tgn sy gerak byk2..kalo pakai mende ni, tahan sket rasa sakit tu..sbb tangan jadi kaku dan straight kan..tp msh lagi terasa sakitnya cuma kurang la sket dr biasa... skrg ni terasa sedikit cuak la..tgh pk, camne la nak jawab exam nanti..da la paper law tu perlukan sy jawab soklan dgn pjg lebar..non stop writing lak tu..haish..tpaksa sy gilir2 tgn nampaknya ni..isk..tu pun kalo sempat..mslh skrg ni kalo guna byk2 sgt tgn ni, bdenyut2 sakitnya tu..huaaaa...camno ni.. :'( -ms kat dewan exam nanti sy nk bawak salonpas, minyak panas, dan jugak bandage dan plaster..muehehe..tpaksa bukak klinik kecik kat tepi meja tu kot2 ada emergency case ke..ngeh3..


Tu antara gambar2 tgn yg sedang sakit..hihi..dugaan utk sy exam kali ni..seriously..nak study pun terasa mood sgt down..kdg2 tu kalo tlampau sakit, sy terus tido..bila tido, kita xrasa sakit tu..tp bila bangun, rasa balik berdenyut2 tu..

dan ada yg lagi sedih, sy tpaksa lupakan seketika game2 yg sy suka..huaa...sedih..sedih..apapun, kena terima qada' dan qadar ni dgn redha..mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..kan..mana tau tetibe chup2 masuk meminang awal ke sbb risau ngn keadaan sy yg cmni..hahahaha..berangan betulla semek ni.. :p

To all;
Please pray for me ya..and wish me best of luck in my exam.. huuuu~

Mekasih manyak2 ye.. ^_^




Tuesday, April 19, 2011

Tangan Saya Dah Jadi Lilin La..Huaaaa..~



Salam..

Sape cakap kene lilin cair tu best? xbest langsung..dah la bau busuk..Panas lak tu.. Bayangkan bila kena celup 7x dalam lilin cair yg panas tu..lepas tu keras yg tu, buang, basuh then celup lagi sebanyak 7x..

Mula2, ok je la tgn tu..rase cam best je main lam lilin.. cuma yg xtahannya, bau lilin la..busuk..kalo la masa tu sy ada sumbu lilin, sy letak kat hujung2 jari tu..konon2nya tgn sy leh nyalakan api..leh wat magic ape..ngeh3..

Actually, it sounds not so good for my right hand.. Da la next week sy ada final exam..Xtau la sy nak tulis camne exam tu nanti..tangan xleh nk laju2 sgt sbb akan rasa berdenyut2 sakit + kadang2 rasa kebas.. sob3.. ni memang betul2 dugaan..huk2..

This coming thursday, sy kena gi wat rawatan ni lagi..then next sunday..lepas tu akan stop seketika utk exam..lepas exam, sambung balik wat rawatan fisioterapi ni.. rawatan lilin ni dikenali sbg Wax Bath ( Lilin Mandi kah? ngeh3)..

Ni beberapa keping gmbr yg sempat diamik masa tangan tengah dililinkan..tp xigt lak nak amik step by step..nak wat camna, excited sgt nak g celup tgn dalam lilin..skali tgk, macam pakai sarung tangan je padahal tu adalah lilin tau..






*abaikan tangan yg besar tu..huhu..


Special thanks tO;


Besfren a.k.a kakak sbb sanggup dtg dari kampus pagi2 ari lagi semata2 nak teman sy wat rawatan fisioterapi ni..huhu..

*abaikan tangan yg besar tu lagi yerkkk!


p/s: Dugaan utk me..Moga me tabah hadapi dugaan ini..InsyaAllah..


Monday, April 18, 2011

Dugaan Musim Study Week : Kena wat Fisioterapi Tangan.. Sob3..



Salam...

Ya..Ya..It sounds not so good for me since next week is my final exam.. *sigh* dunno what to do now.. Me must attend twice a week for physiotherapy (am i spelling correctly?).. huaaa...and it a MUST!!

Alkisahnya semalam, pegi jumpa pakar tulang kat hospital since tangan ni masih lagi sakit walaupun 2 bulan dah berlalu.. Pelik jugak la..kalo injured soft tissue or cuma terseliuh, xsepatutnya amik masa sampai 2 bulan..(saya start sakit lepas main yg ni la.. - post CUACA PANAS, IDEA KERING .. Kat situ ada gambar tangan sy yg bbalut..igtkan seliuh biasa je time tu..) So doktor takut ada crack pada tulang or whatsoever..  Pe lagi, semalam pegi wat xray tangan..

Well..well..well...xray tu okay je..xde crack pape pun pada tulang.. (chewahhhhhhh..macem saye le plak doktor ye?? hahaha).. but a lil shock jugak la doctor tu.. ada something abnormal jgk la walaupun yg len2 tu normal je.. where is my ulnar styloid??  absence of ulnar styloid? ape ke benda ulnar styloid tu??

Ulnar styloid tu..errr...macam tulang kecik yg supposedly ada kat area pergelanggan tangan dan jgk antara tulang2..means that kat area my ulnar styloid tu, kosong terus..macam berongga pn ada sy tgk (pemerhatian org yg xblaja medic...hueh3)..xkan ulnar styloid tu lari kot?? xpun hancur sbb kene kick masa main tkwndo ari tu? ish..mustahil2..xpun sememangnya me was born without ulnar styloid? maybe... keajaiban ciptaan Allah.. ^__^

Lain yg duk cari, lain yg dapat ye.. Finally, doc diagnose yg tangan sy tkene De Quervain's tenosynovitis..






Apa kebenda tu?  De Quervain's tenosynovitis is inflammation of tendons on the side of the wrist at the base of the thumb. These tendons include the extensor pollicis brevis and the abductor pollicis longus tendons. It  causes pain and tenderness at the side of the wrist beneath the base of the thumb. Sometimes there is slight swelling and redness in the area.

reference: http://www.medicinenet.com/de_quervains_tenosynovitis/article.htm


Hoho..xpandai den nak translate..kang budak law translate, jd faham mende lain pulop..hahhaa..ade sape2 yg leh translate dop? huhu..kecederaan ni mcm kecederaan tendon pada tangan la especially kat tepi tgn tu..(mcm dlm gmbr)


So, lepas ni, xpasal2 la sy kena gi wat fisio 2x seminggu..da la nak exam..takut jugak ni..camne nak tulis jawapan laju2..




da la paper law tu perlukan jawapan yg sgt panjang dlm masa yg agak2 semput.. sekarang ni plak tgn xleh nk put pressure on it.. mesti terasa sakit nak2 bile pegang pen dan nak tulis laju2..ari tu ms jawab test pun tangan jadi kebas..adui..dugaan..dugaan..




Semoga Allah permudahkan segalanya nanti.. Aminn...

Sunday, April 17, 2011

Bila Si Dia Ajak Kawen... Phiewwwwww~~


Salam..

Suspen je bunyi tajuk, kan3.. haha..



xde la..petang semalam..ntah ape angin si chup2 tu, bleh plak dia msg camni, "chuby, bila kita nak kawen?"

terdiam jap saye baca msg tu..errr...kawen? oh tidak..saye masih lagi budak2..hehe..maka, sy pun reply, "ntah..bila chup2 nak masuk minang chuby?" eh...asal sy reply camtu lak..hahaha..gatal! :p

xsampai 15 saat, msg berbunyi lagi..dia kata, "skarang bleh?"

mak aii...dia ni..biar betul..tetibe je neh..ni sah2, ada angin ribut taufan yg bertiup ni..tapi saya anggap ni gurauan dia je..xmungkin kitorang akan berkawen skrg ni..xmungkin..xmungkin..macam la dia tu duk tepi umah saye..muehehehe..

Dgn nada bergurau, sy pun reply msg dia, "sekarang taleh..da masuk waktu maghrib..jom solat dulu..hihi.." --> alasan utk melarikan diri..padahal diri msh terkejut..muehehe..

last2, dia pun balas, " chuby ni.......ok la..jom solat.."

Hahahahaha...gelak..gelak..bayangkan kalo dia ajak betul2..mau nyer tercabut urat jantung..err..urat jantung?tapi camne kalo dia sememangnya ajak kawen betul2? mcm bestfren sy ajak sy kawen dulu..tapi sy slalu jawab, kita kan besfren, camne nak kawen..kapel pun x..ok2..tu macam alasan lapuk..tapi sebenarnya diri yg xbersedia..walaupun dlm ati mmg syg kat besfren tu.. bila si bestfren tu berkawen ngn gadis pilihan family dia, ape lagi..menangis la 1 hari 1 malam woo..nak2 si bestfriend tu, malam sebelum akad nikah dia, sempat lagi dia on9 ngan saya..borak2..xsepatah pun citer pasal akad nikah dia esok hari..dan pasal perkahwinan dia pun dia xgtau saya sampai la berita dia akad nikah tuu sampai ke pengetahuan saya dr kawan sy yg lain..pe lagi..meraung la jugak seposen dua..huhu..

tu citer dulu..kalo leh xmo da la berulang lagi kisah camni antara saya ngn chup2.. oh tidak...masalahnye, saye taleh kawen lagi..lipat baju pun tak pandai lagi..kemas umah pun tak pass lagi..kalu bab memasak, buleh la sikit2..so, bleh ke saya kawen kalo camtu? wuuuuuuu....

Chup2..Jom kite kawennnnnnn~~~ Weeeeeee~


p/s: Tahniah kepada classmate sy kerana bakal melangsungkan perkahwinannya bulan Julai ni kat Melaka.. Kawan masa diploma dan degree skrg ni.. kiranya dia org ptama antara budak2 diploma ktrg dulu yg memecah tradisi utk bkawen..Insyaallah, kalo xde aral, sy pasti akan hadir kat majlis dia..Insyaallah..amik berkat sket..muehehehe..






Saturday, April 16, 2011

Bila Cik Lolipop Menangis... Eiuuuuuuu..Geli Ai tawww~


Salam..

Hehe..Korang suke nangis x? ngeh3..ye la..masa kecik memang kite slalu nangis kan..tapi yg masa besau punyer? korang nangis lagi x?



Saye xsuke nangis..kalo nangis pun, bila duk sorg2..contohnya sedih teringat kat arwah tok ayah ke..teringat kat arwah tokki ke.. kadang2 menangis sebab sedih ngn tindakan org..hueh3..tapi kalo nak menangis sebab clash? err...skali je nangis sebab tu..hahaha..okey2...dua kali je nangis sebab tu..ngeh3..[kaber line..kaber line..]

Tapi beberapa ari lepas, masa ada problem ngn classmates, akhirnya ntah camne air mata tu kuar..muahaha..malu weh..kata suka lasak..tapi akhirnya ber sob3 jugak..eiuu..tapi kali ni nangis sebab kesabaran tu da sampai maximum kot..ye lah..selama ni bertahan ngn sikap diorg dari semester 1lagi tu..skarang ni da semester 6..maknanya da 3 tahun sy bersabar...tp yg ari tu mmg da xleh tahan kot ngn perangai diorg..akhirnya merembes jugak la air tu kuar..

Tapi, masalahnya air tu kuar bila bercakap ngn chup2..muhahaha...gediks nyer..ni nangis sebab masalah classmates ke atau sebab rindu kat chup2? hahahhaha...kantoi ler plak..ciss~ buat malu eden ajo la ekau ni..isk~


Apapun, to my chup2,
thanks sayang sebab pandai buat saye ketawa terbahak2 dengan lawak dan citer2 tu..sampai hilang terus air mata tu..haha..

Aaaaa...saye bukannye anak ayam tu..walaupun time chup2 ngah pujuk tu, ibaratnya camni la..hihi..


Dan semestinya selepas berborak hampir 2 jam tu, senyum sengeh terukir terus kat bibir..sampai terlupa nak study utk test pagi esok gara2 lepas borak2 tu, terus tido ngan keadaan tersengeh.. huhu..terbaek ar..nasib baik sempat jugak jeling kiri kanan blakang depan atas bawah..hahahaha...shhhhhhh...diam2 dah ar.. :p


Ya Allah.. Semoga jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat..Aminn..~

Tuesday, April 12, 2011

Nak Percaya atau X?Terpulanglah.. Telur Palsu yg Sememangnya WUJUD.. Buktinya di Sini!


Salam...

Ni kali ke-3 sy wat kuar entry pasal telur palsu..

Saye bukanlah penggemar telur tapi demi kesihatan untuk orang ramai, saya carik jugak info2 berkaitan telur palsu.. (info ke? hahahaa...). Lagipun sy kan pembuat biskut dan kek..jadi kene la amik cakna (loghat trg: maksudnya amik berat) isu telur ni.. nanti xpasal2 customer termakan telur palsu ke kat dlm adunan biskut atau kek..x ke naya gitu..kesian woo..

As we know, kat media dah melaporkan xde telur palsu di Malaysia.. Betul ke xde? Brg made in china banyak je berselerak kat pasaran2 malaysia...xkan telur palsu xde kot.. kan3? huhu..

Kemusykilan kita, camne diorg ni sume wat telur palsu?? skali fikir, mcm impossible je kan.. ada yg nak try wat kat umah? jimat sket..xyah kuar duit beli telur ayam itik penyu puyuh lagi..hahahahaha...

ok2..dah2 melalut ke laut.. Actually, atas rasa ingin tau, saya da cari video kat utube pasal fake egg ni..kat negara luar, benda ni da lama pun heboh sebelum ni..cuma kat malaysia, maybe selama ni kita xperasan sampaila beberapa ari lepas ade org perasan yg tu adalah telur palsu (tapi jabatan veterinar ckp tu bkn telur palsu..ok2...fine..)

Jom tengok video2 ni kat utube..dan pastinya, memang telur PALSU tu WUJUD!!!




Telur palsu xde pusat kat dalam telur tu.. Telur palsu jugak berwarna kuning terang / oren terang.. Telur palsu ni bleh jadi telur ayam or telur itik..or maybe jugak telur puyuh?? Biasanya telur palsu berkulit licin compare ngn telur ori dan saiz pun lebih besar (lepas ni sile carik telur ayam yg ade melekat taik ayam sbb da terang2 tu adalah telur ayam ori..hahaha)..

Dan yg paling best kalo nak tau sal telur palsu ni, korang try amik telur tu (yg blum dimasak)..letak kat dalam freezer smpai beku..lepas tu try rebus smpai masak dan pecahkan..amik yg kuning tu..macam bola pingpong woooooo~~~ hahahaha...tp teknik yg ni sy xtry wat lagi..ntah jadi ke x...huhu...

Apapun, terpulang pada diri sendirilah nak percaya atau x... Prevention is better than cure, rite... Semoga menjadi ikhtibar buat kita semua dan lebih berhati2..


Wallahua'lam..



p/s: Lepas ni, jom pakat ramai2 bela ayam sendiri.. Lagi selamat woo...Ayam xde dicucuk ngn antibiotik..Telur pun da xrasa was2 sama ada telur palsu atau tak..kan3..hehe..





Monday, April 11, 2011

Hah? Telur Ayam Palsu Tak WUJUD???



Salam..

Tatkala media menghebohkan tentang kewujudan telur ayam palsu, ari ni ada berita dari HARIAN KOSMO melaporkan bahawa telur ayam palsu tu xde sebenarnya atau dengan kata senang TAK WUJUD..

Betul ke telur ayam palsu tu sememangnya xwujud? Kalo betul xwujud, baguslah;..Syukur.. ^__^

Berikut adalah berita dari KOSMO:


Tiada telur tiruan - Jabatan veterinar

11/04/2011 5:34pm


PUTRAJAYA – Jabatan Veterinar hari ini mengesahkan tidak terdapat telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan ujian pensampelan yang dibuat setakat ini.
Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata, sampel telur itu diambil dari pasar-pasar seluruh negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa menjual telur tiruan seperti mana laporan media minggu lalu.
"Keputusan awal yang diperolehi semua telur yang disampel ini adalah telur tulen. Bagaimanapun mana-mana pengguna atau persatuan pengguna yang mempunyai telur tiruan kita minta mereka serahkan kepada jabatan dan saya sanggup menyediakan ganjaran untuk maklumat ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.
Merujuk kepada kes itu, Abd Aziz berkata, telur itu berkemungkinan adalah telur yang rosak atau bergred rendah yang tidak sepatutnya dijual kepada pengguna. – Bernama


Errr...Apa pendapat korang??

Betul ke tu telur yg rosak / bergred rendah? Kalo betul tu telur yg rosak, mesti la berbau busuk kan.. Tapi bukan ke ari tu diorg ada ckp (xigt da baca kat ne / or maybe dgr berita kat tv..xigt la den) telur palsu tu xde bau sedangkan telur ori, ada bau macam telur (err...bau telur???haha..xtau nak explain camne..).. So, yg mano satu betul ni? Adakah peniaga2 da sembunyikan telur palsu tu? Atau sememangnya telur palsu memang betul2 xwujud?? Jabatan veterinar pun siap tawarkan ganjaran lagi tu kalo sesape leh bawak telur palsu.. Anyone interested??? ^__^


p/s: Berita Utama TV3 pun melaporkan perkara yg sama.. NO FAKE EGGS!!

p/ss: Luckily, im not a die-hard-fan of egg..Hoho.. Lagipun, kat umah ni, sape2 yg nk makan telur, gi kutip sendiri kat ayam dalam reban..jimat kos beli telur walaupun telur ayam kampung tu kecit2.. Ngeh3..



Lepas satu, satu .... Dugaannnnn~


Salam..

Huuuuuuu... Tengah bersedih sebenarnya ni..tapi masih lagi boleh tersenyum.. Kalo ikutkan hati, memang binasa da.. apa yg binasa?? Tu haa...budak yg menyakiti hati saya tu..phiewww~

Kalo la sabar tu xde dalam diri, da lama kot sy jadi samseng..hahahaha...ade hati nak jadi samseng..blah aa..penakut..--ayat utk diri sndiri..hehe... tp betul aa..kalo sabar ni xde dlm diri, da lama sy belasah budak yg sakitkan hati sy tu..bertahun2 kot bersabar..slama ni wat dek je..tp makin melampau la plak..sape x sakit ati..lgpun, nasib baik tangan sy tgh injured..berbalut lagi tangan kanan ni.. dpt rest tgn tu..kalo la tgn ni xberbalut..hurm3...no komen la apa yg terjadi.. rasanya memang kompem kot cari gaduh..

Lgpun, bukan sy je yg dilanda problem..chup2 pun sama..sian dia..seminggu yg lalu, mak dia admitted ke Hospital Ampang Puteri..Masuk ICU..tp alhamdulillah..da sedar..sekarang kat wad biasa da..masih lg dlm pemantauan doktor.. xleh balik umah lagi..

Selang beberapa hari yg lepas, moto abang dia plak kene curi... haiyyaaa...nasib baik bukan superbike chup2.. kalo x, xtau la den..maunye meraung chup2 tu..huhu..sape xmeraung woo..buah ati no 2 kene kebas...(sape buah ati no 1 plak? huishhh) [tu ler..org nk pinjam nak bawak xmo kasi..katanya, kalo terbalik, berat nak angkat..helloooooooo....ambe pun ade moto ape..tapi moto honda je la..hahahaha...]

apapun, ni dugaan namanya.. kene banyakkan bersabar dan bertawakkal..xkira la sama ada saye ke, chup2 ke atau kawan2 skalian..yg penting, banyakkan bersabar...dan jgn cepat2 marah...nanti dpt high blood preasure..hueh2..[dengar tu cik lolipop oooooooooo]

1.30am already..tomorrow morning ade test labour law..but still not yet in the mood of study..aduiyai..dah la cik lolipop..no more feeling2..jom stadi dan stado..wewiitttt...i loike~~

Daa~~




Friday, April 8, 2011

Telur Ayam Palsu vs Telur Ayam Ori...

Salam..

Telur ayam palsu? Telur ayam klon ke eh? sebijik weh nampak sama ngan telur ayam ori..

Sekarang ni heboh pasal telur ayam palsu yg semakin menular kat pasar2 / kedai2.. Masalahnya, camne nak kenal telur ayam tu palsu atau x? nak2 masa kita beli telur tu..xkan nak pecahkan telur tu masa nak beli, ye x?  so, sape2 yg ada idea tu, leh la share2 kat sini ye..

Anyway, ni salah satu cara nak kenal telur ayam palsu atau x.. Selamatkan keluarga kita dari telur ayam palsu.. Bahaya tu telur ayam palsu.. Mmg 100% mengandungi kandungan kimia..



So kawan2, beringat2 lah sebelum kena ye..sebelum makan telur, tgk dulu telur tu..huhu..tp kalo yg dimasak kat restoran, camne kita nak tau ye? haiyyaaa...susah2...mintak2 dijauhkan lah dari sume ni..



p/s: salah satu cara lagi nk tau telur palsu ke x, try eram telur tu ngn ayam..agak2 menetas x? hihi~


Monday, April 4, 2011

Kawan2..Mohon Doa Dari Kalian Semua..


Salam..

Just got bad news from my sweetheart that his mom, Puan Damimah Bt Ismail has been admitted to ICU due to hyper diabetes.. 

Semalam mamanya dimasukkan ke wad kat Hospital Ampang Puteri tapi petang tadi kena transfer ke ICU..

Mohon doa dari kalian semua agar mamanya pulih dan sedar dari koma..
InsyaAllah


Wassalam...


p/s: Chup2 sayang, harap kamu tabah dan sabar menghadapi dugaan ini.. I wish i can be there for u.. :'(



Related Posts with Thumbnails