Salam..
Tatkala media menghebohkan tentang kewujudan telur ayam palsu, ari ni ada berita dari HARIAN KOSMO melaporkan bahawa telur ayam palsu tu xde sebenarnya atau dengan kata senang TAK WUJUD..
Betul ke telur ayam palsu tu sememangnya xwujud? Kalo betul xwujud, baguslah;..Syukur.. ^__^
Berikut adalah berita dari KOSMO:
Tiada telur tiruan - Jabatan veterinar
11/04/2011 5:34pm
PUTRAJAYA – Jabatan Veterinar hari ini mengesahkan tidak terdapat telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan ujian pensampelan yang dibuat setakat ini.
Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata, sampel telur itu diambil dari pasar-pasar seluruh negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa menjual telur tiruan seperti mana laporan media minggu lalu.
"Keputusan awal yang diperolehi semua telur yang disampel ini adalah telur tulen. Bagaimanapun mana-mana pengguna atau persatuan pengguna yang mempunyai telur tiruan kita minta mereka serahkan kepada jabatan dan saya sanggup menyediakan ganjaran untuk maklumat ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.
Merujuk kepada kes itu, Abd Aziz berkata, telur itu berkemungkinan adalah telur yang rosak atau bergred rendah yang tidak sepatutnya dijual kepada pengguna. – Bernama
Errr...Apa pendapat korang??
Betul ke tu telur yg rosak / bergred rendah? Kalo betul tu telur yg rosak, mesti la berbau busuk kan.. Tapi bukan ke ari tu diorg ada ckp (xigt da baca kat ne / or maybe dgr berita kat tv..xigt la den) telur palsu tu xde bau sedangkan telur ori, ada bau macam telur (err...bau telur???haha..xtau nak explain camne..).. So, yg mano satu betul ni? Adakah peniaga2 da sembunyikan telur palsu tu? Atau sememangnya telur palsu memang betul2 xwujud?? Jabatan veterinar pun siap tawarkan ganjaran lagi tu kalo sesape leh bawak telur palsu.. Anyone interested??? ^__^
p/s: Berita Utama TV3 pun melaporkan perkara yg sama.. NO FAKE EGGS!!
p/ss: Luckily, im not a die-hard-fan of egg..Hoho.. Lagipun, kat umah ni, sape2 yg nk makan telur, gi kutip sendiri kat ayam dalam reban..jimat kos beli telur walaupun telur ayam kampung tu kecit2.. Ngeh3..
0 comments:
Post a Comment