Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 23, 2011

Resepi Biskut Raya: Biskut Dahlia ^__^


Salam..


Alhamdulillah..Settle utk biskut raya yang ke-4.. Hehehe..Projek ari ni nak kuar cari tudung raya, shopping barang raya, pasang lampu liplap,pasang pelita, buat sekut raya dan macam2 lagi lah..Ish..ish..ish..dunia..dunia..yang mana yang akhirat lak?? T__T  [xkan nak gtau kot brp banyak da ngaji dan brp byk wat amalan2 lain,kan..xbaik menunjuk2..tp yg dunia2 tu aci x nak menunjuk2 cam ni? hak3]

Biskut kali ni saya wat BISKUT DAHLIA..resepi saya amik dari cik abe MAT GEBU.. biskut dia memang totally sedap.. marvelous..delicious..walllahhhhhhh~~ hahahaha..serius, sedappp...

Jom layan resepi dari MAT GEBU ye..



BISKUT DAHLIA
anggaran: 150 biji dan ke atas

BAHAN-BAHANNYA :-) 
300 g mentega
160 g gula aising (saya guna 150g..hehe..)
2 kuning telur 
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum* 
100 g tepung jagung* 
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan 



CARA MEMBUATNYA :-) 


- Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati. 
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. 
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan. 
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara


p/s: ramai yang komplen biskut jadi mengembang..tapi asal mat gebu wat xmengembang pom? ke sbb dia guna butter yg mahal..sy lak cuma guna planta je? isk..saya punye biskut mengembang woo..iskk..kena gelak ngn chup2 lagi ni..kompem!! cuba tengok biskut yang sebelum dibakar dan selepas dibakar kat bawah ni..


Sebelum dibakar
selepas dibakar [OMG..OMG..mengembangnye sekutku ini..hihi]


p/ss: walaupun mengembang, tp jangan risau, biskut ni tersangat2 sedapppppp!! makan sutir, kompem nak makan 10 utir lagi..hehhee...




Selamat mencuba!!


~Lots of Love~ [sayang la plak nak makan sekut ni..hehe]





3 comments:

Lady Hasnor said...

Kak Wani guna acuan camne?Cantek la..Hehe..Hasnor wat tapi jadi lain lak!Geram!

~L.o.L.i.P.o.P~ said...

nti kwani post entry sal acuan ni yer.. :)

Hanim said...

Alahai, nmpk sgt best. Nanti nk jugak rasa sekut ni selain drp tart moktan. jgn lupa ya wat mai ke pdg kala.


Related Posts with Thumbnails