Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

Resepi Biskut Raya: Biskut Suji Tak Berkristal.. ^__^

Salam..

hehehe...Ni biskut raya saya yang ke-5.. Biskut suji tak berkristal.. Nape x berkristal?? Sebab saya x golek biskut saya dalam gula kastor..manis ngat eh nak golek..sesetengah org dok suke manis2, kan..

Resepi biskut ni saya amik dalam buku.. Dalam buku, semestinya dia golek2 dalam gula, tapi sy xwat yg tu..huhu..Jom try..




BISKUT SUJI TAK BERKRISTAL
anggaran: 150 biji dan lebih..

BAHAN A:
300 g tepung gandum (saya letak 200g tepung gandum dan 100g tepung naik sendiri)
125 g tepung jagung


BAHAN B:
250 g minyak sapi
130 g gula aising (kalo korang nak golek biskut dalam gula, sy sarankan korang kurangkan gula ni)
50 g serbuk badam
sedikit garam
sedikit esen vanilla
pewarna merah, hijau, kuning
papercup
gula kastor utk hiasan

**ADDITIONAL OPTION: kalo korang guna sepenuhnya tepung gandum tu, sy sarankan korang letak sdikit baking powder dan sedikit soda..






CARA-CARA:
1) Campurkan bahan A dan ayak.. Ketepikan..
2) Pukul minyak sapi dan gula sampai sebati.. Masukkan sedikit esen vanilla, garam dan serbuk badam.. Kacau lagi..
3) Masukkan bahan A dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut..
4) Bahagikan kepada 3 bahagian dan letak warna setiap satu bahagian..
5) Rehatkan selama 20 minit atau lebih..
6) Ambil setiap satu bahagian sedikit demi sedikit dan bulatkan bersama.
7) Bakar dalam oven selama 20 -25 minit dgn suhu 160 celcius
8) Bila biskut da sejuk, baru golek dalam gula kastor dan simpan dalam bekas..


Tadaaaaaaa...siapp..hehehe..masa wat biskut ni, sy tlupa nak letak hiasan cam ceri ke, gula manik ke, coklat rice ke..xde la biskut sy nampak kosong sangat sbb xbersalut gula..tapi nak wat camne..den terlupo..layan je la..tp biskut ni mmg best lah..xmuak sangat bila makan..nyum3..sedappppp~

Ada satu jenis biskut je lagi sy nak wat..iaitu biskut cornflakes madu..Tu last biskut..saya xwat la biskut tart rambutan..sbbnya bekas sekut dah abis dan biskut2 ni pun dah banyak dan semestinya angin pus2 M da datang..hehehehehe...

Selamat Mencuba!! ^__^

0 comments:


Related Posts with Thumbnails