Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 20, 2012

Cinta Hatiku Tertinggal Di Sini..

Salam..

3.36 am, 20 May 2012..
Lokasi: Atas katil di asrama..

Suasana yang suram dan kelam.. sunyi dan sepi.. hanya bunyi kipas berputar di siling.. Rumet sudah lena ke alam mimpi.. Tapi saya? Masih bersekang mata..

Malam ni, terasa nak bercerita tentang kisah hidup saya la plak.. Sebagai kenangan utk masa akan datang..

7 tahun yang lepas, bermulanya dengan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), permulaan tempat utk saya menuntut ilmu.. Pejam celik pejam celik, 3 tahun berlalu.. Dari nama KUSZA, telah bertukar menjadi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)..Alhamdulillah, May 2008, diploma undang-undang berada dalam genggaman..

Julai 2008, saya meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda undang-undang dengan kepujian.. 4 tahun di sini, dari UDM bertukar sekali lagi menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), insyaAllah, lagi sebulan saya akan menamatkan pencarian saya selama ini..

Terlalu banyak kenangan di sini.. KUSZA-UDM-UNISZA.. 7 tahun saya menyemai cinta.. Kini, tinggal sebulan je lagi sebelum saya melangkah pergi..

Di sini bermulanya kehidupan saya sebagai seorang pelajar.. Di sini, saya mengenali apa itu kawan, sahabat, teman dan musuh.. DI sini jua banyak air mata suka duka saya yg tumpah.. Air mata darah, air mata kecewa, air mata kesedihan, dan air mata kegembiraan.. Semuanya telah menjadi baja-baja di bumi Unisza ini..

DI sini jua, saya kenal apa itu persahabatan dan percintaan.. Dan semestinya di sini jua saya merasai perasaan kekecewaan, perpisahan dan kesedihan..

DI sini, saya kenal chup2.. Di sini jua menjadi detik terakhir sy berjumpa dengan dia.. DI sini jua saya mengakhiri hubungan kami.. Dan di sini jua saya menangis kekecewaan..

Tapi, di sini jua saya kenal dengan Dia..rapat dengan dia..ya.. dia teman lama saya.. kami sudah kenal terlalu lama..semuanya kerana taekwondo sebelum dia beralih arah ke sukan lain.. dia orang pertama yang mengetahui saya dalam kesedihan.. dia orang pertama yg menemani saya tatkala saya kesedihan kerana perpisahan itu.. kami bertemu sehari selepas sy berpisah.. tu pun secara kebetulan kami berada dalam satu kursus yg sama.. dan hanya dia yg mampu meneka perasaan sy ketika itu.. saya ketawa, gembira, tapi hakikatnya di hati, saya menangis.. katanya, dia nampak saya menangis di hati, bukan ketawa di wajah.. saya terdiam, terpaku..dan tanpa sedar, air mata saya menitik tika itu jua..di hadapan dia..

Hakikatnya, perasaan perpisahan itu pedih.. Terasa mau padam perkataan perpisahan itu dalam kamus hidup.. Hakikatnya, lagi sebulan akan berlaku sekali lagi perpisahan..dengan dia..

Ya Allah, kuatkan hatiku.. Tabahkan hatiku.. Cekalkan hatiku..

Dear heart,

I love you..
I miss you..
I heart you..
If one day i'll be away,
Our memories will always live on..
Will always remain forever..
Thanks for your love..
Thanks for your caring..
Thanks for everything..


Sincerely,
Me~


Reben hitam, namanya Si Didi.. Reben pink, namanya Si Wawa..




0 comments:


Related Posts with Thumbnails