Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 5, 2012

Nasi Ayam Madu..

Salam..

Alhamdulillah.. utk kali kedua berjaya buat nasi ayam.. banyak belajar dari kesilapan masa buat nasi ayam yg pertama dulu.. jadi, utk kali kedua, nasi ayam ni menjadi.. siap bawak bekal lagi..hehe.. makan dengan dia dan jugak besfren saya.. ngeh3..

Cuma, utk kali ni sy xwat air lada sebab nak wat camne..tokey nasi ayam ni xleh makan benda pedas..jadi sume org xleh makan jugak la..hahaha...

Resepi ni saya amik daripada kak ita.. tapi ade certain2 bahan tu saya tambah tolak sendiri je.. hehe..

Ni resepi saya..utk rujukan sy jugak lain masa kalo terasa nak buat nasi ayam ni lagi..hehe..

gambar x clear sbb guna enset cabuk je.. :(


SUP AYAM:
1/2 ekor ayam..
3 ulas bawang putih -blend
3 ulas bawang merah -blend
1 1/2 inci halia - blend
1 bawang besar - potong dadu
carrot / kentang
daun sup
mentega
1 sup bunjut
1 kulit kayu manis + bunga lawang + buah pelaga etc *

Cara2:
1) Tumis bawang dan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dengan mentega sampai garing dan naik bau.
2) Masukkan air - ikut suka nak masuk bnyk mana sbb air ni akan digunakan utk tanak nasi
3) Bila air mendidih, masukkan ayam..
4) Masukkan sup bunjut, garam dan gula
5) Biarkan 30 minit sebelum ayam ditoskan..
6) Keluarkan air yang nak digunakan utk tanak nasi..
7) lepas tu on balik api dan masukkan carrot / kentang.. kalo air kurang, bleh tambah air lagi (biasanya sy akan tinggal 1 ketul ayam yg xditoskan supaya kalo sy tambah air, kiranya ayam tu bleh kuarkan air rebusan lagi la..)
8) masukkan bawang besar..
9) utk hiasan, tabur dengan daun sup..

Nasi ayam:
2 cawan beras
sup ayam dan mentega..
Daun pandan

Cara2: 
Basuh beras dan tanak guna air sup rebusan ayam tadi..masukkan daun pandan supaya wangi..


Ayam Madu:
2 camca besar madu
2 camca besar kicap masin
2 camca besar kicap lemak manis..


Cara2:
perap selama 30 minit sebelum digoreng. pastikan digoreng dengan sekejap shj supaya ayam tak hangit kerana madu..

Tada...

Siap da nasi ayam sy..hehe..mudah dan simple je kan..


p/s: si dia makan smpai tercekik kut.. tu la..makan xbaca bismillah..gelojoh sgt..hehe..tp dia ckp best..especially part ayam.. alhamdulillah.. kali ni nasi ayam sy menjadi.. :)



0 comments:


Related Posts with Thumbnails