Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 28, 2010

Kisah Gadis Itu~

"Ku mencari..Ku mencari.. Apakah salahku.. Kau buatku termenung seorangan.."


Gadis itu termenung. Mencari kesalahan dirinya. Apakah semua ini kerana salahnya?Dia terkesima. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Disangkakan bahagia berpanjangan, rupanya kesedihan di pertengahan jalan.

Gadis tersebut masih lagi termenung di jendela rumahnya. Deru angin malam bertiup lembut ke pipinya.. Setitik demi setitik, air matanya menitis lagi. Diselangi dengan alunan musik suara Shades, Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, bertambah lagi kesedihan di lubuk hatinya.

Seminggu yang lalu semuanya indah. Dunia ini dirasakan bagai dia yang punya. Tapi hakikatnya, itu cumalah omongan kosong si gadis itu. Lelaki itu. Seindah tajuk lagu Anuar Zain. Lelaki kedua yang berjaya mencuri hatinya setelah sebelum ini dia dilukai. Tetapi, mengapa hanya sementara? Mengapa harus terulang kembali memori lama? Mengapa?

Beristighfar gadis itu. Dirinya sudah dikuasai nafsu syaitan. Bukannya dibimbingi oleh imannya lagi. Kerana kekecewaan melampau,dia terlupa untuk beristighfar. Nasib baik, gadis itu cepat tersedar dari mimpi pahit itu.

Yang pastinya, gadis itu pernah berjanji pada dirinya. Hanya lelaki itu di hatinya. Melainkan sememangnya jodohnya bukan dengan lelaki itu, dia terima dengan rela. Masakan kerana lelaki itu, gadis itu telah menolak tawaran seorang lelaki lain. Bodohkah tindakan gadis itu? Hanya menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Tetapi, gadis itu yakin dengan tindakannya itu. Mengapa perlu menyeksa jiwa batin orang lain seandainya diri tidak dapat menerima akan kehadirannya? Cukuplah hanya gadis itu yang merasa, tidak perlu dilakukan pada orang lain. Cukuplah hanya gadis itu yang terseksa. Tetapi bukan dengan orang lain.

Yang termampu dilakukan oleh gadis itu hanyalah berdoa kepada Yang Maha Esa. Semoga terbuka hati lelaki itu. Lelaki yang telah mencuri dan merobek hatinya sehingga hancur berkecai. Kelukaan ini, terlalu berat untuk sembuh. Mungkin kerana kelukaan untuk kali kedua menyebabkan hatinya betul-betul mengalami kelukaan yang maha dasyat. Hanya lelaki itu sahaja yang ada penawarnya. Tidak pada orang lain.

"Ya Allah.. Sampaikan salam rinduku berteraskan imanku kepadanya. Jangan engkau pesongkan aku lagi dari jalanMu.. Hanya Engkau penentu segala-galanya.Andai dia tercipta untukku, dekatkan hatinya dengan hatiku. Andai dia bukan untukku, jauhkan dirinya dariku supaya aku tidak lagi menangisi dan merindui pemergiannya itu. Hanya padaMu aku serahkan hati dan jiwaku, Ya Allah.." doa si gadis itu.

Angin malam yang mengusap lembut di pipi si gadis ini membuatkan si gadis ini menitiskan air mata lagi. Dirinya, sekali lagi terkesima sendirian~

1 comments:

~L.o.L.i.P.o.P~ said...

:((

i miss him so much.. Will he feel same thing as mine?


Related Posts with Thumbnails