Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 17, 2010

Cinta Sejati? Benarkah?

Salam..

Kali ni nak berbicara tentang cinta.. 3 bulan yang lepas, saya kehilangan cinta.. Dalam kesedihan dan keparahan, sy cuba merawat hati saya.. Kawan2 sentiasa di sisi saya ketika saya memerlukan.. Sentiasa support saya apabila saya jatuh.. Sentiasa meminjam bahunya untuk saya tika mana saya memerlukan untuk bersandar.. Sentiasa menyediakan tisu bila mana air mata saya mengalir..

Dalam ramai2 kawan, ada seorang kawan yang sentiasa di sisi.. Yang sentiasa memberi saya semangat.. Yang sentiasa menceriakan hari saya.. Dia adalah kawan baik saya.. Saya kenal dia masa sy diploma sem 6 dan dia degree sem 4.. Saya sertai kelab catur universiti dan dia adalah salah seorang exco catur..

Siapa sangka, bermula detik itu, dia simpan nombor tepon.. Walaupun kami hanya berjumpa masa kelas catur je, tapi saya xpernah ingat pun rupa dia.. jumpa apa tah lagi.. mmg jarang2.. pendek kata, mmg skali dua je saya jumpa dia..

Masa saya sem 2 degree, dia dah sem 6 degree.. masa tu, dia contact saya semula.. kami berkawan.. tapi sem seterusnya kami lost contact lagi.. gara2 perselisihan faham.. tapi, sape sangka, akhir sem tu, kami berbaik semula.. berkawan.. bermessage.. berwebcam.. tapi, xpernah pun terasa nak jumpa.. Haha..

Namun, Allah itu Maha Adil.. Masa dia berada sem akhir (sem 8 degree), last paper untuk final, akhirnya kami dihimpunkan sekali dalam dewan yang sama.. Sape sangka kan.. Dia duk barisan depan, dan juga saya.. Dan itulah kali terakhir kami berjumpa sebelum berpisah.. Dia telah berjaya tamatkan pelajarannya.. Dan saya masih lagi meneruskan perjuangannya di sini..

Dulu, sy pernah btau dia, mungkinkah berakhirnya degree dia di sini bermakna berakhirnya juga hubungan persahabatan kitorang? katanya: " Hanya Allah yang tentukan semuanya.. Andai kita berjodohan, insyaAllah, kita tetap bersahabat.." -Saya cuma terdiam je..

Sebulan berlalu.. Dia sepi tanpa berita.. Namun, di saat sy teringatkan dia, tiba2 dia muncul.. Hadir walaupun cuma sekadar message bertanya khabar.. Sudah cukup untuk saya.. Kini, saya dan dia semakin akrab.. Saya hanya berdoa, semoga hubungan persahabatan ini berkekalan..

Cuma, kadang2 muncul di benak saya, mampukah dia membuatkan saya melupakan ex sy yg dulu? Kenapa saya selalu membandingkan dirinya dengan yang dulu? adat manusia kan.. xpernah bersyukur dengan apa yang ada.. Teringat pulak 1 nota yang pernah saya baca dulu :-

" Kita selalu terkejar-kejarkan untuk menggapai bintang di langit.. Sehingga kita terlupa untuk berpijak pada bumi yang nyata dan melihat bulan yang sentiasa bersinar di sisi kita.."


Bila fikir balik..betul juga ye.. Kita xpernah bersyukur dengan apa yg ada.. Selalu terkejar2kan sesuatu yg kita idamkan sehingga kita tidak melihat siapa yang sebenarnya di sisi kita.. DI saat kita telah kehadapan untuk tercari2 yang mana yang sempurna, sebenarnya kita telah kehilangan sesuatu yang berharga di belakang.. Mungkinkah kerana ketamakan, yang akhirnya telah membutakan hati kita untuk melihat yang indah di belakang?

Saya xnak benda ni terjadi pada saya.. saya xnak menjadi seorang yang tidak tahu bersyukur dan menghargai.. Saya pernah kehilangan cinta.. Saya xnak benda ni terjadi lagi untuk kesekian kalinya..

Doa saya, semoga saya temui cinta sejati.. Yang menyintai diri saya seadanya.. Yang menerima diri saya seadanya.. Yang menyayangi kerana diri saya yang sebenarnya.. Mungkinkah dia? Wallahua'lam..~


0 comments:


Related Posts with Thumbnails