Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 14, 2010

23 Tahun Yang Lalu..

Salam..

Saya cuma nak bercerita satu kisah ni kan.. Kisah ni terjadi 23 tahun yang lalu.. Haha.. Masa tu sy pun xde lagi.. :p

Al kisahnya camni..

Pada 11.10.1987, seorang ibu telah kesakitan perut akibat little tot dalam perut dia nak kuar.. Tepat jam 12 tengah ari, di saat matahari terpacak kat langit (errr...xtau la kot2 time tu musim tengkujuh kot..), lahir la seorang baby comel.. Baby girl.. Comel sangat..Ala..biasala..nama pun baby..mesti la comel kan..huhu..

Mengikut sumber2 yang boleh dipercayai, di saat bayi itu menjejakkan badannya dgn disambut oleh tangan2 doktor2 dan nurse ke dunia, berat badannya adalah 3.02kg sahaja.. Setelah bersepakat antara kedua2 ibu bapa baby tu, diorang pun kasi la nama kat baby tu..

Baby tu pun membesar dengan sihatnya.. selama 2 tahun dia breast feeding.. lepas tu, still lagi isap botol susu sampai la umur 7-8 tahun..walaupun air dlm botol susu tu bukannya susu tetapi milo, tp dia still lagi isap botol susu.. sampai satu tahap, ayah dia terpaksa sembunyi botol susu tu sbb xmo kasi dia isap botol da..

Sejak kecil lagi, dia bercita2 nak jadi doktor..katanya nak ikut jejak langkah ibu dia la utk jadi doktor.. tapi, dia hanya merancang..Allah jua yang menentukan.. Walaupun cita2nya adalah doktor, namun langkahnya di bidang sains tulen terhenti setakat form 5.. kerana kecewa dengan add math, dia amik keputusan xmo terlibat ngan sains.. Akhirnya dia menceburkan dalam bidang lain.. Sangat kontra dengan dunia perubatan..

Alhamdulillah... Allah mengizinkan dia untuk terus bernafas sehingga kini.. Kepada kedua ibu bapanya, terima kasih atas segala2nya...jasa dan pengorbanan itu xmampu dibalas oleh si anak yang dulu kecil sehingga kini menginjak ke angka 23 tahun..mmg tidak terbalas segala pengorbanan itu..

Nak tau sape budak tu? ntah..saye pun xtau..hahaha.. :p






2 comments:

Mama Zharfan said...

comel kek tu :)

~L.o.L.i.P.o.P~ said...

hehehe..tenkiu2..kek kedai punya..kui3..


Related Posts with Thumbnails