Salam..
Sixth Sense.. Sume org tau kan ape tu sixth sense..Ala..Bukan yang kumpulan penyanyi lagu Khatimah Cinta tu la.. Huhu.. Ni gara2 duk tgk citer ILUSI kat tv3 la ni, tetibe nak tulis sal sixth sense..Cam best je orang yg ada sixth sense ni..Satu keistimewaan utk dirinya..
Sixth sense dikenali jgk sebagai Extra Sensory Perception (ESP)..
"It is sensory information that an individual receives which comes beyond the ordinary five senses sight, hearing, smell, taste, and touch. It can provide the individual with information of the present, past, and future; as it seems to originate in a second, or alternate reality.. "
Kiranya sape2 yg ada sixth sense ni, adalah satu kelebihan yg Allah kurniakan kat dia la..Kadang2, org yg dapat sixth sense ni dapat rasa sesuatu yg mungkin bakal berlaku sebelum melaluinya..
Cuma, sy terfikir, antara org yg ada sixth sense ni dgn kejadian yg blaku secara kebetulan tu sama x? Ye la..mungkin sebelum ni dia tmimpikan something, lepas tu benda yg dia mimpi tu berlaku.. x ke tu kebetulan namanya?
Jom kita tgk contoh2 kat bawah ni..
1) pernah x korang rindu sangat2 kat kawan korang.. mmg rindu sgt2 la sbb da lama xbercontact..alih3, esok dpt msg dari dia? Seolah2 macam dia dpt rasa apa yg kita rasa..Pernah x?
2) pernah x korang sedang sakit xpun sedang demam..tetiba kawan korang tu rasa cam korang xsihat padahal korang da lama xberhubung..bukan stakat da lama xbhubung, dia pun duk jauh beribu2 batu..tetibe dia pun call/msg dan tye sal kesihatan korang..
3) katakan korang tgh drive..lepas tu korang dpt 1 instinct yg kat dpn tu ada roadblock..padahal, korang xde pun dpt isyarat dr mana2 kete lain..cuma gerak hati korang je rasa camtu..alih2, bila smpai kat tmpt tu, mmg betul ada roadblock..
4) korang rasa someone sedang panggil2 nama korang..sedang sebut2 nama korang (xkesah la..maybe ur mom ke..ur dad ke..xpun ur other siblings ke..relatives ke..).. korang pun terus call org tersebut..dan dia pun bgtau yg dia baru je sebut nama korang..
adakah tu pun kebetulan? pelik bin ajaib kan?
ok lah..contoh2 tu nampak cam common je kan.. apa kata kita tgk contoh2 yg ni plak..
5) korang mimpi, korang dpt result exam..dlm mimpi tu, korang dpt tgk apa yg berlaku sebelum dan selepas korang amik result exam..korang pun dapat tengok result exam tu.. bila tiba hari yg sebetulnya, apa yg berlaku dalam mimpi tu sebijik sama cam kat realiti termasuk lah juga dgn result exam..adakah tu pun kebetulan?
6) korang akan menduduki exam besar.. lepas tu korang termimpi korang nampak soklan exam tu dan topik2 apa yg masuk..korang study la tajuk2 yg korang nampak tu.. alih2, bila tiba time exam, soklan yg korang nampak )even nombor soalan, sebijik sama macam dlm mimpi.. Kebetulan kah tu?
7) korang nak masuk martial art.. tapi korang rasa takut nak masuk sbb tgk jurulatih nampak garang.. lepas tu bermula la episod mimpi korang..dari white belt sehinggalah red belt, korang bermimpi korang masuk martial art tu (padahal kat realiti korang mmg xjoin pun..).. one day, korang mmg betul2 nk try masuk martial art.. korang try la first class tu.. korang dpt rasa yg training yg korang lakukan tu mcm pernah korang wat sebelum ni..sampai jurulatih siap tanya lagi, penah join ke sebelum ni? of course korang jawab x.. xkan nk jwb ye kot sbb tu kan dalam mimpi.. bila korang da join martial art kat realiti, yg dlm mimpi tu pun terus xde.. adakah tu pun kebetulan?
8) Korang on the way nak balik kampung or nak pi somewhere yg jauh..masa dlm perjalanan tu korang tertidur la..bila da tertidur, of course la korang xtau apa yg berlaku kat luar / sepanjang perjalanan kan? lepas tu, alih2 korang termimpi korang terbau bau darah yg sangat2 kuat.. bau darah tu sgt2 kuat sehingga menyebabkan korang tersedar dr mimpi (korang pun tau kan bau darah tu camne..)..
bila korang tersedar dr mimpi, bau tu still lagi melekat..seolah2 bau tu sangat dekat dgn hidung kita..korang tanya la orang yg ada dalam kete tu, ada sape2 luka ke..xpun ada sape2 bdarah x..xpun ade bau darah x..kompem diorg cakap mengigau ke apa,kan..sbb bangun tido je duk tanya benda2 merepek camtu.. korang explain la camne skalipun, still diorg xpercaya dan anggap korang mengigau..
lepas tu, tetibe, berlaku la kesesakan lalu lintas sehingga 2km.. smpai kat punca kesesakan tu, ada accident yg sgt ngeri (masa kat tmpt ni, lagi kuat bau darah tu menusuk hidung korang..bila korang tanya org lain ada bau x, diorg sume cakap x..)..
korang xtau la apa yg berlaku kat mangsa2 kemalangan tu smpai la keesokan harinya, korang tbaca dalam paper yg kemalangan tu mengorbankan 4 nyawa dlm keadaan yg mengayat hati.. korang pun terfikir, adakah bau darah tadi tu petanda ada kemalangan maut di depan? xkan la bau darah tu bleh smpai berpuluh2 kilometer sblm smpai kat tmpt kejadian? dan xkan la org lain xleh berbau bau darah tu?
9) ok2..last punyer contoh: pernah x korang dapat rasa atau menyedari atau terlihat kehadiran sesuatu makhluk lain yg xdpt dilihat oleh mata kasar?
Persoalannya, adakah tu semua kebetulan? atau sememangnya tu sixth sense?
Kalo diperhatikan contoh2 1-4, semua yg berlaku tu masa korang dalam keadaan sedar..tp untuk contoh2 5-8 tu, semuanya berlaku semasa anda bermimpi.. Cuma contoh yg ke-9 je mungkin dialami di dunia realiti iaitu dpt merasai akan kehadiran makhluk lain yg xdpt dilihat oleh mata kasar manusia.. apakah itu sekadar mainan perasaan atau sememangnya wujud makhluk tersebut ketika itu?
Ye la..kalo pasal mimpi, kita pun tau kan, kalo kita ttido, roh kita keluar dr badan kita,kan? mungkin terjadinya semua2 perkara kat atas tu sbb roh kita 'berjalan2'.. kalo pasal makhluk halus, kita pun tau kewujudan mahkluk Allah itu kat dunia ini kan?
So....
Apa pendapat korang? bagi saya, semua tu adalah anugerah Allah yg dikurniakan untuk hambaNya.. cuma, kena la pandai2 guna dengan sebaik mungkin.. ye la, benda2 mcm ni, beyond our reasonable doubt kan? hehe..nanti kalo korang bercerita benda2 camni kat org lain, orang akan fikir sama ada korang mengigau atau mamai.. atau yg lebih parah lagi, diorang akan fikir korang ni GILA TAK BETUL... x ke naya je camtu?
Oleh itu, hargailah apa yg anda perolehi..gunakan ke jalan kebaikan.. gunakan dgn cara kebijaksanaan.. semua yg berlaku ada hikmahnya.. dan semua yg Allah kurniakan pasti ada ujian di sebaliknya.. Mungkin Allah ingin menguji sejauh mana tahap keimanan seseorang hambanya.. [macam jugak si sotong paul tu yg meramal spain akan menang.. kita bleh tgk betapa ramainya org yg percaya.. ya Allah, tanpa kita sedar, Allah sedang menguji kita dengan kehadiran seekor sotong yg bleh meramal masa depan.. Ya Allah, jauhkan diriku dan umat Islam yg lain dari segala kekufuran itu..amin~]
Bagi mereka yg mempunyai Sixth Sense @ ESP @ Kasyaf (dlm bahasa arab), hargailah kurniaan Allah itu sebaik2nya..Jangan pernah ada perasaan riak atau menunjuk2 kerana jika ada sekelumit je perasaan tu, Allah pasti akan menarik semula kelebihan tu.. Oleh itu, use it wisely or u will lose it! Sesal dulu pedapatan, sesal kemudian da xbguna lagi.. Okey! :)
Semoga kita berada dalam limpah kurnia dan redha Ilahi selalu.. InsyaAllah..
p/s: semua contoh2 di atas bukan rekaan tetapi kejadian yg benar2 berlaku kepada penulis.. Sama ada anda mau percaya atau x, terpulang lah.. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu..
Contest Gambar Kenangan Dulu2..
-
Salam..
Berminat nak join?
*CLICK HERE!*
Tarikh tutup: *11 Jan 2011 *
Here is my picture:
Serba sedikit tentang gambar ni:
Gambar masa sy darja...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment