Dulu, hidupnya penuh kepayahan.. Ditinggalkan oleh ibunya ketika dia baru melihat dunia.. Ibunya entah ke mana.. Mungkin mencari jantan lain.. Dia ditinggalkan di tempat yang sangat2 asing baginya.. Hidupan yang berbeza dengannya.. Dia berbulu, mereka pun berbulu.. Dia berkaki, mereka pun berkaki.. Dia bermata, berhidung, mereka pun sama.. Tapi dia hairan, kenapa bulu dia dan mereka semua berbeza, berbulu tetapi berkepak? kenapa kaki dia ada 4, tapi mereka semua ada 2? kenapa mata mereka kecik? dan yang paling dia hairan, kenapa mereka semua bermulut bermuncungkan tajam2?
Sejak kecil, ibunya xpernah mengajar dia macam mana untuk dia mencari makanan.. Dia hanya membesar dengan memerhati keadaan sekeliling.. Apa yg mereka makan, dia makan.. Apa yg dia lihat mereka berebutkan sesuatu, dia pun turut berebut.. Walaupun badannya luka2, namun dia tetap berusaha untuk berebut sama.. Demi sesuap makanan.. Hidupnya seolah-olah pengemis..Pengemis di kalangan hidupan yang berbeza.. Lagak mereka semua seperti ayam.. Atau sememangnya mereka semua adalah ayam?
Usianya bertambah.. Dia bertekad, dia perlu berusaha ke dunia yang lain.. Kehidupan yg lebih teratur agaknya.. Dia berusaha untuk berbaik2 dengan teman baru.. Kali ini, dia dapat melihat spesis yang sama jenis dengannya.. Berbulu tapi tidak lagi berkepak..Mereka berkawan rapat.. Apa yang teman2 baru dia makan, dia turut makan..
Dia xpandai menguruskan diri.. Mukanya selalu comot.. Mungkin jua dia tidak tahu untuk membersihkan diri.. Bila dia melihat teman2 barunya mandi, dia turut cuba untuk mandi... Dia berusaha.. Dia bijak dalam pemerhatian..Dan genius..
Akhirnya, dirinya diterima dalam kehidupan manusia.. Setiap hari, dia diberi makan.. Kadang2 ikan segar, kadang2 tulang temulang, kadang2 nasi dan roti..Dan kadang2 Frieskies!! Dia suka makan.. Dia suka berebut makanan dengan teman2nya.. Kadangkala dia tamak.. Semua makanan mau dibolotnya sorang2.. Sape yg cuba berebut makanan, dia akan tampar dengan tangannya yang kecik tapi kiut tu..
Dia selalu melihat, ada temannya yang dapat masuk ke dalam umah, tapi kenapa dia xboleh masuk? Setiap kali dia cuba untuk masuk seperti temannya, pasti dia akan dimarahi.. Terduduk dia akibat terkejut dengan jerkahan tersebut..Dia bertekad, dia mesti cuba untuk masuk.. Dia pun mahu melihat keadaan di dalam rumah itu.. Atau mungkin, kalau dia langkah dengan kaki kanan, dia akan jumpa makanan yg banyak? Nyum3.. Dia memang suka makan..
Setiap kali pintu rumah dibuka, dia pasti bersedia.. Lagaknya seperti mau menangkap seekor burung di atas tanah.. Mukanya poyo jika orang melihat ke arah dia.. Tapi, apabila berpaling sahaja dari melihat dia, gerakannya pasti selangkah seiring dengan manusia.. Meluru masuk ke dalam rumah.. Untuk percubaan yg kesekian kalinya, akhirnya dia berjaya!!
Gelagat nakalnya selalu membuatkan orang geram.. Tapi gelagat nakalnya jua yang selalu membuatkan orang terhibur dan ketawa.. Setiap hari, dia menunggu di depan pintu rumah.. Setiap hari, dia menunggu kereta masuk ke perkarangan rumah.. Dia sabar menanti.. Kerana dia tahu, setiap kali pintu rumah dibuka, maknanya ada habuan yang menanti untuk dirinya.. Setiap kali kereta masuk ke perkarangan rumah, pasti ada ikan mentah yang segar terhidang di depan matanya..
Dia nakal, dia tamak.. Tapi dia juga penghibur.. Dia comot, telinganya tidak terbasuh, penuh dengan kudis.. Bila kena air, dia lari..Dia tak suka dimandikan.. Tapi dia jugak manja, jinak..dan kelakar.. Dia penghibur di kala kedukaan..Tanpa dia di sisi, terasa hilang seri ceria, tawa dan senyum..
Pagi tadi, dia masih setia menunggu.. Kali ni, pandangannya sayu.. Terdetik di hati, mengapakah? Dia menunggu di atas bonet kereta.. Walaupun enjin dihidupkan, dia masih tak mahu turun dari tempat tersebut.. Masih mahu tidur di situ lagaknya.. Dia melihat, menyapa dengan suaranya yg slow saja.. Manja..Suaranya seperti biasa walaupun terdapat sedikit kelainan pada dirinya..
Tapi tu sapaan untuk hari ini.. Bukan hari esok.. Esok, tiada lagi penunggu kereta.. Yang selalu tidur di atas bonet kereta.. Tiada lagi sapaan dengan suara halus manjanya setiap hari..Semua gelagatnya xmungkin dapat disaksikan lagi.. Tiada lagi aksi meluru masuk ke dalam rumah sehingga membuatkan orang geram.. Tiada lagi aksi dia bertepuk bertampar dengan teman-teman kerana berebutkan makanan.. Tiada lagi aksi guling mengguling di atas jalan tar demi menghilangkan kegatalan.. Aksi2 menggeliat membetulkan urat.. Dan yang pastinya, tiada lagi aksi dia menunggu di depan pintu umah, aksi dia menunggu kereta masuk ke perkarangan rumah, dan aksi dia tidur di atas bumbung kereta.. Semua lagi sudah tiada..
Dia telah membawa segala aksi2 tersebut.. Aksi yang bakal dirindui oleh semua orang.. Dia telah membawa kenakalan tersebut bersamanya.. Dia telah membawa segala perasaan geram orang terhadap dirinya.. Dan, dia jua telah membawa segala gelak ketawa penghibur di kala duka bersama-samanya jua.. Memang dia tamak!
Tepat jam 1 tengahhari, 30/11/2010, di kala penghujung bulan November dengan cuaca yang mendung, akhirnya dia melangkah pergi.. Dia membawa semua kenangan tersebut bersamanya.. Hayatnya sampai di situ.. Akhirnya dia dilanggar kereta.. Kereta yang selalu ditunggunya demi mendapatkan seekor ikan segar!
Buat COMOT, moga kau bahagia di sana..Kau penyeri hidupku.. Kau selalu membuatkan aku bergelak ketawa.. Di saat orang lain marah dengan gelagat nakalmu, aku penyelamatmu.. Menggosok-gosokmu sehingga kamu tertidur.. Tapi, kini tiada lagi untuk aku melihat aksi nakalmu.. Kesian chubby, temanmu..Kamu telah pergi meninggalkan dirinya..
COMOT, aku harap engkau bahagia sepanjang hayatmu di sisiku.. Maaf andai kamu tidak mendapat layanan yang sepatutnya.. Maaf jua andai pernah menyakiti hatimu..Dan maaf jua andai makanan untukmu selalu tidak pernah mencukupi bagi dirimu..
Mungkin dulu dan kini, kamu xleh membaca kata2 ini, namun COMOT, aku bahagia bila kamu berada di sisiku.. Walaupun dirimu hanyalah pinjaman yg cuma dipinjamkan seketika dari Yang Maha Esa untukk diriku..
Ya Allah, terima kasih kerana meminjamkan aku akan dirinya, walaupun cuma untuk seketika.. Hadirnya membawa cahaya kegembiraan dalam hidupku.. Walaupun perginya memberi seribu kedukaan untukku.. Namun, aku bahagia mengenalinya Ya Allah..Aku gembira kerana sempat melihat dia membesar dan menjaga dirinya tika hayatnya ada..
COMOT, damailah engkau di sana.. Di kehidupan nan abadi.. Selamat tinggal kucing nakalku sayang, COMOT~
p/s: Tatkala ini, hujan lebat turun membasahi bumi.. selebat itu jua lah air mata yang keluar membasahi pipi.. Sedih sangat2.. Hilang mood untuk study.. :'(