Amanat Penulis:

Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ adalah hak cipta terpelihara.. Sebarang copy paste tanpa keizinan penulis adalah dilarang sama sekali dan termaktub dalam Akta Hak Cipta Terpelihara.. Semua kandungan dalam blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ini adalah luahan hati serta omongan penulis sahaja..Kalau bosan, jangan baca.. Apapun, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ~DuNia CinTa LoLiPoP~ ni.. Syukran jazilan wa marhaban bikum...

Dates To Remember!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 7, 2011

Takut Untuk Menghadapi Satu Kehilangan~


Salam..


Ya..
xlain xbukan, Mr. Chup2 saya..
Merangkap Mr. Ben 10 saya jua..

Saya takut untuk kehilangan dia..
Kami dah lama berkawan..
Bukan sehari dua..
Apetah lagi sebulan dua..
Tapi kami dah berkawan..
Bertahun2 yang lepas..
Sejak saya diploma..
Dan dia di peringkat ijazah..
Kerana catur, kami bertemu..

Siapa sangka..
Dia adalah teman segala teman..
Merangkap, teman untuk bergaduh-gaduh..
Juga untuk bermanja2..
Dan juga teman untuk mengadu masalah...
Dia sentiasa di sisi..

Pertemuan tanpa dirancang..
Bermakna xmustahil pemergian juga tidak akan diduga..
Bibit-bibit persahabatan..
Bibit-bibit permusuhan..
Bibit-bibit dendam..
Bertukar menjadi bibit-bibit cinta sayang rindu yg segala2nya bibit..

Perjalanan kami masih jauh..
Saya masih di alam pembelajaran..
Dia masih bertatih di alam pekerjaan..

Umur kami masih muda..
Tak terlintas lagi di hati kami..
Untuk membina tangga bagi rumah2 kami yg sedia ada..
Apetah lagi membina masjid..
Nak bancuh simen pun kami xpandai..

Walaupun bancuh simen kami xpandai..
Tapi,
Rancangan tu memang dah ada..
Lakaran pun dah ada..
Future planning pun da tersedia..
Apa yg patut dilakukan dan apa yg xpatut dilakukan pun dah ada..
Cuma..
Masa untuk dilaksanakan entah bila..
1 tahun? 2 tahun? 3 tahun? ataupun 4 tahun?
Ataupun bertahun2 lamanya lagi..

Jauh di sudut hati..
Rasa takut untuk berhadapan dengan tahun2 itu..
Mungkinkah hati kan berubah?
Saya? atau dia?
Nauzubillah..

Sesungguhnya..
Saya takut untuk merasai kehilangan dirinya..
Kerana..
Saya mengerti kini..
Dirinya begitu berharga..
Bagi diri saya..

Ya Allah..
Panjangkan jodoh kami..
Permudahkan segala urusan kami..
Dan tunjukkan kami jalan yang benar dan diredhai..
Amin..Amin..Amin..
Ya Rabbal 'Alamin..



Tanpa Chup2, tiadalah gelaran Chuby..



0 comments:


Related Posts with Thumbnails