Ari ni saje je nak share satu artikel pasal perempuan supaya lelaki2 di luar sana lebih memahami insan yg bergelar perempuan ni..Huhu..ade yg betul..ada yg x..tepuk pale..tanye iman.. ^_~
p/s: yg tulisan merah tu..yg sy komen lah..hahaa..
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidakmenitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. ( Ha...betul2..huhu..)
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. (hurm2..ada ppuan sukar nak memaafkan llaki kalo tindakan llaki tu betul2 menyakitkan hatinya..)
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). ( sebab,wanita ni,bila dia dh jatuh cinta kat seorg llaki,mmg dia cinta betul2..tp xsmua lah yg berperangai camtu..jadi,cari lah ppuan yg baik molek2..)
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.(sy siap bold lagi ayat yg ni sbb SAYA TERAMATLAH SETUJU..)
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (jgn amalkan kalo yg bukan muhrim..berdosa..huhu..)
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.(hurm..yg ni sy pun xtau..hahaha..)
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. ( betul2..dia boleh lakukan ape shj thdp llaki tu termasuklah memancitkan tayar kete llaki tu..hahahahhahaa..)
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.(hurm..betul..susah utk ppuan tu nk lupakan cinta dia yg ditolak..)
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. ( yg ni pun SAYA SETUJU..bukan stakat lagu,puisi,muzik je..blog pun sama..hahaha..termasuk la blog ni..erkkk...sshhhh...diam2..)
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. (kalo wat gak,kena simbah ngan air panas la jawabnya - tu pun kalo kebetulan diorg tgh minum sm2 ke..hahaha..)
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (so..jgn serius tau..kena lah pandai wat lawak ke..hehe..baru idup ceria..kan3.. :p )
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikanrespon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (haaaaaaaaaa...betul2..sbnrnya kan..dia bukan xhepi..tp control ayu la..hahaha..)
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. (hahahaha...no komen..)
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. (antara persahabatan ngn percintaan,mana korang akan pilih?isk3..)
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. (hoho..kalo sy,bukan sbb xberminat..tp sy pemalu org nya..lagipun,xmanis anak dara kuar ngn anak teruna tnp sbrg ikatan yg menghalalkan hubungan,kan..so,ayat ni sy xberapa nk stuju..huhu..)
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. (hehehe...)
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! (hurm..yg ni sy xpasti la plak..)
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. (betul2...ish3..mujur jumpa..kalo xjumpa terus cmne..xbersyukur langsung lah kamu ni..hahaa..)
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (tp xsmua menjadik la..hahaha..)
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. (hurm...bukan ape..sj je nk tgk..hua3..padahal dlm ati jeles kan main..jeles kan tndanya sayang...)
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! (SETUJU...!!!!)
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya. (bukan stakat HI je..satu msg pun dah memadai tau..hehhe..)
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (betul2..hahaha..)
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (hoho..bukan stakat benci..malah menyampah giler..)
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (no komen..)
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. (iyup...moga2 ku akan bertemu dgn si dia yg bertakhta di hati..hahhahaa..)
27. Senjata wanita adalah airmata!! ( ye ke? tp sy dop pun..)
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (hehe..betul2..sape xsuka kalo dpt suprise drp org yg tersayang..)
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. (lelaki, jgn guna yg ni utk mempermainkan wanita plak dah la..)
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. ( ye kerrrr?????)
credit to: www.tentangcinta.com
awak..i lap u..but i cant tell u...hua3..
Contest Gambar Kenangan Dulu2..
-
Salam..
Berminat nak join?
*CLICK HERE!*
Tarikh tutup: *11 Jan 2011 *
Here is my picture:
Serba sedikit tentang gambar ni:
Gambar masa sy darja...
13 years ago
2 comments:
'chenta' should read this!!serious~
isk.napela dye camtuh.if otherwise kan senang.tade i jd cani.huhu.
hahaha...camne dia nk baca..blog ni pun dia xtau kewujudannya..tp kalo dia tau,naya kita..hahahahaha...
Post a Comment